Tuesday, 29 August 2023

Hadis 40 susunan Imam Nawawi

بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Beberapa minggu kebelakangan ini, heboh diperkatakan perihal Hadith 40 yang ingin diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan di sekolah. Telah ada bantahan dari pihak-pihak yang non-muslim dan juga dari muslim (semoga Allh kurniakan hidayah buat semua mereka). Tidak kurang juga terdapat banyak sokongan padu dari pelbagai pihak di atas usaha murni ini. Usaha untuk menambah kefahaman Islam terhadap penganutnya.

CikYong ingin turut serta menyokong usaha ini demi memastikan keimanan CikYong sendiri yang CikYong perlu kukuhkan. Sudah pasti agama Allah tidak terkesan diatas sebarang usaha untuk menghalang perkembangan Islam diatas mula bumi ini. Apa yang penting adalah samada setiap penganutnya ingin melakukan sesuatu untuk mempertahankan keimanan masing-masing. Ini adalah ujian pagi setiap individu yang mengaku bertuhankan Allah dan Esa, dan mengakui bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan dari Allah subhanallahu Ta’ala buat umat manusia. Adakah kita ingin turut serta menyokong usaha memahamkan umat Islam akan rujukan utama fahaman Islam iaitu AlQuran dan Hadis. Atau kita buat tidak tahu, tidak ambil kisah? Atau yang lebih mengancam keimanan kita, jika kita menyokong pihak yang menghalang pembelajaran hadis ini?

Ketuklah hati, tanyalah iman..


Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...