Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk kesekian harinya. Masih lagi diizinkan Allah untuk menikmati rezeki kehidupan di dunia. Semoga kesempatan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik2nya untuk bekalan ke akhirat. InsyaAllah.
Hari Sabtu 14 September bersamaan 10 Rabiatul Awal.
Hari ini CikYong dan keluarga bermusafir ke rumah adik ipar di ibukota. Kesemua adik beradik suami juga turut berkumpul di rumah adik ipar kecuali adik ipar yang masih lagi di dalam ‘iddah kematian suami. Esok merupakan majlis pertunangan anak sulong adik ipar (adik no.2) yang juga merupakan majlis yang pertama buat cucu sulong bonda.
Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama bermulanya cuti persekolahan, rata2 kebanyakan jalanraya dan lebuhraya begitu sesak dengan kenderaan. Pada masa yang sama, terdapat kemalangan yang berlaku di lebuhraya. Tempoh perjalanan menjadi dua kali ganda dari masa kebiasaannya untuk tiba ke destinasi. Bonda yang menaiki kenderaan bersama CikYong dan keluarga berulang kali mengeluh kepenatan akan perjalanan yang panjang.
Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di destinasi. Setiba di rumah adik ipar, kami terus dijamu dengan makan tengahari. Disebabkan kelewatan tiba, kami telah kelaparan. Kami berehat di rumah adik ipar sehingga lewat petang. Kami kemudiannya bergerak ke homestay yang telah disediakan oleh adik ipar (tuan rumah). Homestay nya terletak berhampiran dengan rumah adik ipar.
Selepas Maghrib, dua keluarga lagi tiba di homestay iaitu keluarga adik ipar no. 3 dan no.8 (bongsu). Setelah semua berehat, mandi dan solat, semua bergerak ke rumah tuan rumah untuk makan malam. Hanya CikYong dan anak teruna kedua yang tinggal di homestay disebabkan anak CikYong tidak mahu pergi disebabkan beliau begitu mengantuk dan ingin menyambung tidurnya.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-344.
Ya Allah berikanlah kekuatan buat kami umat Islam di akhir zaman ini untuk berjihad mempertahankan kesucian agama Islam yang semakin dicemari oleh puak2 pengganas Israel dan sekutunya. Pelbagai kekejaman dilakukan oleh seteru Islam yang ingin menghapuskan Al Aqsa dan mereka ingin membina kuil mereka di atas tapak Al Aqsa.










No comments:
Post a Comment