Friday, 24 April 2026

35 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh...

Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1447H.. Amin ya rabbal alamin... 

Hari ini 23hb April Khamis bersamaan 5 Zulkaedah 1447H (Malaysia)... 

Sekitar 35 hari menuju hari wukuf..

Hari ini kami sekeluarga berpuasa sunat Khamis . Anak2 CikYong masih di dalam minggu2 peperiksaan. Anak teruna sulung CikYong ada kertas matematik tambahan hari ini. Anak teruna kedua CikYong ada peperiksaan RBT, Geograpi, PJ.

1. Sebagai persediaan ke tanah suci, CikYong mengambil keputusan untuk memendekkan rambut. Pagi ini CikYong pergi ke salun rambut di pekan. CikYong beritahu kepada pendandan rambut untuk memotong pendek yang tidak perlu lagi diikat. Boleh tahan juga harga gunting rambut, maklumlah di salun. Salun ini tidak pernah lagi CikYong kunjungi sebelum2 ini. Walau apapun, Alhamdulillah selesai satu lagi urusan. 

2. Hari ini, bonda beri sumbangan haji kepada CikYong. Bonda mohon di doakan, bonda dan, arwah abah dikurniakan syurga yang tertinggi dan dipermudahkan buat bonda untuk beribadah. Amin ya rabbal Al-Amin dan InsyaAllah akan CikYong doakan lagi di sana nanti.

3. Blaus panjang yang CikYong minta adik ipar untuk tolong belikan secara atas talian, telah pun selamat sampai. Rupa-rupanya adik ipar telah belikan 2 helai dan ditambahkan lagi, adik ipar belanja pula blaus tersebut. Pada asalnya, CikYong meminta adik ipar membeli hanya sehelai sahaja. Alhamdulillah semoga adik ipar dilimpahi rahmat dan dimudahkan rezeki.

4. CikYong menyambung bacaan buku panduan ibadah yang telah diberikan oleh TH. 

5. Kawan baik CikYong baru sahaja memaklumkan bahawa beliau telah menghantar melalui kourier, sepasang kasut tawaf yang beliau belanja CikYong. InsyaAllah akan tiba pada hari Selasa depan. Alhamdulillah.. Semoga Allah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran buat sahabat CikYong.

6. Seorang lagi kawan sekolah dan juga kawan sekelas bahasa Arab CikYong menghantar pesanan di WhatsApp. Beliau memaklumkan beliau telah memasukkan sumbangan saguhati haji ke akaun bank CikYong. Alhamdulillah semoga Allah ke rahmatullah kawan CikYong yang pemurah ini. 

7. CikYong menjahit huruf nama CikYong di tuala decathlon, telekung mini dan seluar panjang putih. Pakaian2 ini keberangkalian ada yang serupa dengan orang lain. CikYong buatkan penanda agar CikYong tidak tersilap terambil kepunyaan orang lain. InsyaAllah. 

Buku panduan ibadat yang diberikan oleh TH

Buku Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah yang diberikan oleh TH

No comments:

Post a Comment

35 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...