Pagi ini bersemangat CikYong memasak nasi lemak untuk sarapan pagi. Kebiasaannya, hujung minggu, CikYong tidak memasak awal pagi seperti hari ini, CikYong akan minta suami tolong belikan sarapan.
CikYong bersemangat kerana di pagi ini, masjid ada mengaturkan program kayuhan merdeka bermula pukul 7.30pagi. CikYong telah bagitahu pada suami dan anak-anak beberapa hari sebelum ini. CikYong telah menyarankan agar mereka turut serta kayuhan tersebut. Malam semalam pun CikYong telah mengingatkan perihal kayuhan tersebut.
Pagi ini, seusai suami dan anak-anak balik dari solat Subuh, anak sulung CikYong pula tidak mahu pergi ke kayuhan tersebut. Alasan yang diberi, ingin berehat di hujung minggu. Oh! Rupa-rupanya penat saje CikYong menyediakan sarapan pagi ni..
Anak-anak tidak mahu sertai program kayuhan. Sedih rasa hati, apakan daya. CikYong sudah berusaha, tidak semestinya apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan. Rasa sedih dan kecewa tidak dapat disangkal. Hanya bersabarlah wahai hati.
No comments:
Post a Comment