السلام عليكم ورحمه وبركة...
بسم الله الرحمن الرحيم
2017
Perjalanan haji CikYong telah bermula semenjak 9 tahun yang lalu. Pada tahun 2017, CikYong telah mula mengikuti kursus asas haji yang telah di adakan di masjid bandar kecil CikYong. Kursus tersebut diadakan pada hujung minggu dari pagi hingga ke tengah hari. CikYong mengikutinya sehingga selesai kesemua sesi yang mengambil masa sekitar tiga bulan. Pada masa yang sama, CikYong turut menghantar surat rayuan yang CikYong karang, taip dan hantar sendiri ke pejabat cawangan TH di tempat CikYong. Di ketika itu, rayuan secara atas talian melalui aplikasi di telefon bimbit tidak wujud lagi.
2018
Pada tahun yang berikutnya, CikYong buat perkara yang sama iaitu menghadiri kursus asas haji dan menghantar surat rayuan. Namun, rayuan haji CikYong masih tidak berjaya.
2019
CikYong tidak ada buat sebarang usaha berkaitan permohonan haji
2020-2022
Di tahun-tahun ini, dunia di landa wabak COVID-19🦠😷. Cik Yong tangguhkan sebarang usaha untuk mengerjakan haji
2023
CikYong menghantar permohonan melalui applikasi THijari. Pada tahun ini, permohonan rayuan telah disediakan di dalam applikasi tersebut. Adik CikYong telah menerima tawaran haji pada tahun ini. Aik CikYong mengajak CikYong untuk menghantar permohonan rayuan agar CikYong berkesempatan pergi bersama beliau. Alhamdulillah rayuan CikYong diterima. Surat tawaran telah dikeluarkan oleh TH. Proses seterusnya adalah pemeriksaan kesihatan. Sesungguhnya Allah Maha Pengatur. CikYong tidak berjaya mendapatkan kelulusan pemeriksaan kesihatan. Pada ketika itu, CikYong berasa teramat sedih apabila doktor menyatakan keputusan ECG CikYong tidak melepasi syarat yang telah di tetapkan oleh TH.
Oleh kerana CikYong tidak pernah ada rekod pemeriksaan jantung yang sebelumnya, maka doktor tidak dapat pastikan samada jantung CikYong di dalam keadaan baik atau tidak. Mengikut bacaan ECG, terdapat bacaan yang tidak normal. Pemeriksaan susulan perlu diadakan di klinik jantung untuk memastikan keadaan sebenar jantung. Doktor telah mengeluarkan surat rujukan untuk pemeriksaan selanjutnya.
Dengan itu, CikYong terpaksa menolak tawaran haji pada tahun 2023.
2024
CikYong membuat permohonan rayuan lagi melalui aplikasi THijari. Namun CikYong tidak memilih kesanggupan untuk membayar penuh kos haji semasa CikYong mengisi borang permohonan secara atas talian melalui THijari. Makanya, permohonan CikYong tidak berjaya. Di antara sebab kenapa CikYong mahu membayar penuh adalah kerana keadaan kewangan CikYong tidak mengizinkan.
2025
CikYong tidak menghantar permohonan rayuan diatas sebab kewangan. Dan CikYong juga telah pasti bahawa kos haji bagi permohonan rayuan adalah pada kos penuh iaitu tiada diskaun.
2026
CikYong menghantar rayuan sekali lagi. Oleh kerana kewangan CikYong dapat menampung kos penuh untuk permohonan rayuan, CikYong tahu CikYong berkewajiban untuk menghantar permohonan rayuan kerana keadaan CikYong sudah memenuhi syarat istito'ah. Alhamdulillah, pada tahun ini, permohonan rayuan CikYong telahpun berjaya.

No comments:
Post a Comment