Assalamualaikum…
Hari Rabu 6 November bersamaan 4 Jamadil Awal.
Pagi ini CikYong mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah seperti biasa. Sebelum kelas bermula. CikYong menghantar suami ke rumah bonda. Pagi ini suami membawa bonda ke klinik gigi swasta. Bonda mengadu susah untuk menguyah semenjak gigi bonda dicabut sebelum ini. Pada perancangannya, ingin dibuatkan gigi palsu untuk bonda agar memudahkan bonda mengunyah makanan. Hari ini doktor mencabut dua batang tunggul gigi sebagai persediaan sebelum dibuatkan gigi palsu. Pada minggu hadapan, bonda perlu datang lagi klinik untuk menampal gigi pula.
Usai kelas bahasa arab, CikYong membawa anak teruna sulong ke temujanji doktor gigi orthodontiknya. Hari ini anak teruna sulong tidak hadir ke sekolah. Hanya anak teruna kedua sahaja yang bersekolah hari ini. Hari ini, doktor memasang besi di empat batang gigi gerahamnya. Temujanji seterusnya di awal bulan Januari tahun hadapan. InsyaAllah akan dipasang braces pada temujanji yang akan datang.
Hari peperangan Tufan Al Aqsa telah memasuki hari ke-397.





















































