Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah saw..
Hari Ahad 3 November bersamaan 1 Jamadil Awal.
Pagi ini CikYong dan anak2 hadir di kelas lukis seperti biasa. Tidak lama kelas bermula, CikYong menerima pesanan wassap dari kawan sekolah lama. Beliau kini telah berada di pekan kecil tempat CikYong tinggal ini semenjak hari Jumaat yang lalu. Beliau mempunyai program yang perlu dihadiri sepanjang dua hari yang lalu. Pagi ini program beliau telahpun selesai dan lami telah berjanji untuk bertemu.
Oleh kerana CikYong masih berada di kelas dan beliau dan keluarganya pula masih belum bersarapan, beliau pun terus ke kedai makan untuk bersarapan. Alhamdulilah CikYong berkesempatan bertemu beliau di kedai makan. Kami sempat bersembang dan bertanya khabar di kedai makan tersebut. Di masa kami bersembang, suami dan anak lelakinya menunggu di dalam kereta setelah mereka selesai makan.
Pelbagai hal kami sembangkan sebelum kawan CikYong bergerak pulang ke kediamannya di ibukota. Walaupun masa yang dapt diluangkan begitu singkat, namun CikYong bersyukur di rezekikan bertemu semula dengan rakan lama. Alhamdulillah.
Di sebelah petang, CikYong dan keluarga dan anak2 saudara keluar untuk makan tengahari lewat. Usai makan, kami hantarkan anak2 saudara balik ke rumah mereka. Esok merupakan hari persekolahan.
Hari peperangan Tufan Al Aqsa telah memasuki hari ke-394.



No comments:
Post a Comment