Assalamualaikum…
Hari Sabtu 2 November bersamaan 30 Rabiatul Akhir. Jamadil.
Pagi ini, CikYong dan keluarga masih lagi berada di rumah adik ipar (no.4) di bandar P. Adik ipar (no.4) dan keluarganya berserta bonda juga turut ada bersama. Pagi ini CikYong dan suami membawa anak2 dan dua orang anak saudara pergi ke kolam renang. Bonda juga turut serta namun hanya menunggu di tepi kolam. Bonda hanya berada di situ sebentar sahaja sebelum adik ipar (no. 4& 3) tiba dan membawa bonda pergi ke medan selera yang berada di bersebelahan kolam renang untuk bersarapan.
Setelah anak2 dan sepupunya puas bermandian dan bermain di kolam, kami pun beredar pula ke medan selera untuk bersarapan. Adik2 ipar dan keluarga berserta bonda telah beredar pulang dari medan selera tersebut. Adik ipar (no. 4) telah bergerak pulang ke kampung bersama bonda.
Usai kami bersarapan, kami juga bergerak pulang ke kampung. Setelah tiba di kampung, kami singgah sebentar di rumah untuk mandi dan bersiap. Kami kemudiannya menghadiri kenduri kahwin di dewan kampung CikYong. Saudara sebelah suami CikYong mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya.
Di sebelah petang, adik ipar (no.4) dan keluarga pulang ke ibukota. Adik ipar (no.8) telah pulang ke rumah bonda dari kampung ibu mertuanya. Dua orang anak saudara CikYong bermalam di rumah. Sementara abang dan adik mereka bermalam di rumah bonda. Ibu bapa mereka telah pulang ke kampung ibu mereka semenjak cuti bermula tempoh hari dan akan pulang semula pada esok hari.
Hari peperangan Tufan Al Aqsa telah memasuki hari ke-393.
Serangan bom oleh Israel ke atas tempat tinggal, hospital, khemah dan pelbagai kemudahan awam di tanah Palestine masih diteruskan. Lubnan dan Syria juga masih terus dibom.
Hari ini genaplah 107tahun penjajian Balfour dinama British telah membenarkan Israel bertapak di Palestine.










No comments:
Post a Comment