Assalamualaikum pagi hari yang membawa bersamanya seribu rahmat dari Allah yang maha mengasihi dan penyayang.
Hari Khamis 31 Oktobber bersamaan 28 Rabiatul Akhir.
Hari cuti am bagi seluruh negara bersempena perayaan hari Depavali. Anak2 juga cuti bersekolah hari ini.
Suami membeli rak buku kecil dan juga meja lipat. Rak buku diperlukan untuk membanyakkan ruang untuk menyimpan buku2 yang banyak berselerakan di rumah CikYong ini. Meja lipat pula dijadikan meja untuk anak teruna kedua memasang set2 legonya. Sebelum2 ini, kepingan2 legonya berselerakan di atas karpet di lantai.
Suatu berita yang begitu meruntun jiwa apabila tersebarnya kisah seorang kadet pelatih di upnm dikatakan menjadi mangsa dera oleh seorang ‘senior’ di universit tersebut. Terdapat kesan seterika ditekap di badan pelatih tersebut.
Di sebelah petang, CikYong menyiapkan lukisan air terjun yang telah lama tertangguh. Akhirnya siap juga lukisan ini walaupun ada sedikit penambahbaikan diperlukan hasil daripada maklumbalas cikgu lukisan.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-391.
Para mujahid tetap teguh melancarkan serangan terhadap tentera Israel. Rakyat Palestine tetap teguh di tanah Palestine walaupun semakin ramai yang terkorban dan di himpit keperitan hidup.






No comments:
Post a Comment