Thursday, 31 October 2024

Hari ke-304 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang baru.. semoga hari ini lebih bermakna dan bermanfaat buat agama, diri, keluarga dan masyarakat sekelilingnya.. 

Hari Rabu 30 Oktober bersamaan 27 Rabiatul Akhir.

Hari cuti persekolahan buat anak2 CikYong bersempena cuti am Depavali buat seluruh negara.

Di tengahari, anak teruna sulong menghadiri perbincangan berkumpulan bersama rakan2 sekolahnya untuk menyiapkan tugasan sekolah. Mereka berkumpul di Old Town White Coffee untuk perbincangan tersebut.

Di rumah, CikYong dan suami sibuk di dapur untuk memasak acar buah. Anak teruna kedua membantu mengemas buku2 dan peralatan persekolahan yang berserakan di rumah.

Di sebelah petang, CikYong ke perpustakaan untuk memulang dan meminjam buku. Terdapat buku2 yang CikYong meminjam semula kerana CikYong tidak sempat lagi membaca dan ada juga yang belum habis dibaca.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-390.

Berpuluh2 orang rakyat Palestine di bunuh hampir setiap hari. Perkhidmatan kesihatan di Gaza telah lumpuh apabila hospital2 dibom oleh Israel sementara petugas2 kesihatan ditahan oleh tentera Israel.










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...