Sunday, 20 October 2024

Hari ke-292 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi Jumaat yang diberkati….

Hari Jumaat 18 Oktober bersamaan 15 Rabiatul Akhir.

Hari persekolahan seperti biasa buat anak2 CikYong. Di sekolah petang anak teruna kedua CikYong, tenaga pengajar dan pelajar2 tahun 6 bergotong royong menyediakan dewan peperiksaan untuk peperiksaan SRAI yang bakal bermula pada hari Selasa minggu hadapan. Anak CikYong dan rakannya menemani guru besar sekolah ke kedai peralatan sekolah di pekan. Guru mereka membeli barang keperluan untuk dewan peperiksaan. Seronok sungguh anak CikYong diberi kesempatan untuk menemani gurunya disamping dapat keluar ke pekan. Sempat juga gurunya membelikannya sedikit makanan dan air buat anak2 murid yang menemaninya.

Di pekan dikatakan air sungai melimpah ke pekan disebabkan fenomena air pasang dan bulan penuh. Inya merupakan fenomena tahunan yang berlaku disebabkan aras pekan yang semulajadinya rendah. 

Di sebelah pagi CikYong mengikuti kelas bahasa arab ulangkaji bersama ustazah. Kelas yang sepatutnya diadakan pada hari Rabu yang lalu ditunda ke hari ini disebabkan ustazah mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-378.

Berita yang menggemparkan apabila pemimpin Hamas nombor satu As Syahid Yusuf Sinwar terkorban di dalam suatu pertembungan serangan di antara lima orang pejuang mujahid dengan tentera IDF. Dikatakan ianya bukan pembunuhan terancang oleh tentera Israel. Ianya merupakan pertembungan serangan yang menyebabkan kereta kebal membedil sekumpulan pejuang, kemudiannya di tembak pula dengan mortar menyebabkan empat orang pejuang terkorban. Setelah itu, dihantar pula drone ke dalam rumah yang telah dibom untuk meninjau pejuang yang telah berlindung di dalamnya. Telah tersebar rakaman drone tersebut yang menunjukkan terdapat seorang pejuang yang tercedera terduduk di sofa di dalam rumah tersebut dengan mukanya ditutupi dengan keffiyeh. Di ketika drone cuba menghampiri pejuang tersebut, kelihatan beliau telah melempar sebatang kayu ke arah drone menyebabkan drone berubah arah. Kemudiannya, dikatakan seorang sniper tentera Israel telah menembak tepat di kepala pejuang tersebut yang menyebabkan pejuang tersebut terkorban. Apabila tentera Israel memeriksa mayat pejuang tersebut, barulah mereka mengetahui bahawa pejuang tersebut merupakan pemimpin Hamas yang begitu digeruni oleh Israel. Sebelum sempat pihak atasan memberikan arahan tertentu, gambar dan rakaman video dari drone telah dikongsikan oleh tentera Israel di lapangan kepada media sosial.

Ternyata syahidnya As Syahid Yusuf Sinwar di ketika bertempur dengan musuh yang dilaknat. Semoga roh beliau tergolong di kalangan para syuhada’. Amin ya rabbal alamin.














No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...