Assalamualaikum pagi yang di sinari cahaya mentari yang terang namun masih terasa nyaman dan menyegarkan…
Hari Selasa 8 October bersamaan 5 Rabiatul Akhir.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak2 CikYong menghadirkan diri ke sekolah seperti biasa. Anak teruna kedua dibenarkan pulang awal setengah kam dari hari2 biasa oleh pihak sekolah. Beliau dan rakan2nya yang mempunyai peperiksaan percubaan SRAI di sekolah agama, telah diberikan kebenaran oleh pihak sekolah kebangsaan untuk pulang awal. Di sebelah petang, anak CikYong dan rakan2 lain di tahun 6 di sekolah agamanya menjalani peperiksaan percubaan SRAI. Hari ini terdapat dua kertas peperiksaan iaitu Sirah dan Adab, kertas kedua pula adalah Jawi. Semoga Allah permudahkan anak2 menjawab soalan dan dapatlah mereka menjawab dengan tenang dan betul.
Di sebelah pagi, CikYong dan suami keluar berbasikal. Hari ini kami mengayuh di laluan yang sama cuma dilajakkan sedikit dari yang sebelumnya. Keadaan sakit belakang bahu suami masih lagi terasa, namun menurut suami, masih boleh bertahan. Kami bersarapan setelah tiba di rumah. CikYong menggoreng nasi goreng sementara suami membeli nasi lemak.
Di tengahari, CikYong memasak sup ayam dan menggoreng ikan. CikYong juga sempat membuat puding koktail dan puding roti.
Di sebelah petang, usai suami menghantar anak teruna kedua ke sekolah petangnya, suami menghantar pula CikYong ke klinik kesihatan. Hari ini CikYong mengambil ubat untuk Latent TB. Mulai hari ini, CikYong perlu mengambil ubat Latent TB setiap hari selama tiga bulan. Terdapat dua jenis ubat TB yang CikYong ambil setiap hari iaitu Rifampicin 150g 4 biji dan Isoniazid 100g 3 biji. Di samping itu, terdapat juga vitamin tambahan Pyridoxine HCI 10g 2 biji untuk mengatasi kesan sampingan ubat TB.
Pada masa yang sama, CikYong juga turut mengambil ubat supplemen ferum, asid folic, vitamin C dan vitamin B kompleks untuk mengatasi sel darah merah yang rendah.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-368.
Bersempena setelah setahun perang Tufan Al Aqsa, ucapan pemimpin2 Hamas menyarankan setiap muslim menjalankan tanggungjawab masing2 dalam memperjuangkan mempertahankan agama Islam.










No comments:
Post a Comment