Assalamualaikum hari yang tetap kunjung tiba tanpa gagal walaupun sehari.
Hari Sabtu 12 Oktober bersamaan 9 Rabiatul Akhir.
Seawal pagi di ketika CikYong bangun pagi, air yang mengalir keluar dari paip kecil daripada biasa. Rupa2nya di waktu subuh, tiada langsung air yang keluar dari paip. Alhamdulillah sebelum itu, CikYong masih sempat merebus telur untuk CikYong buatkan sandwich telur.
Hari ini anak teruna sulong mengikuti rombongan sekolahnya ke IPTA di bandar T. CikYong bekalkan sandwich telur yang boleh dikongsikannya bersama rakan2 yang turut serta. Rombongan sekolah menaiki bas yang disewa khas untuk ke IPTA.
Anak teruna kedua pula mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya pada sebelah pagi.
Banyak urusan tertangguh kerana ketiadaan air. Gangguan air hari ini meliputi kampung CikYong, taman perumahan di sekitar rumah bonda dan juga di pekan. Menurut berita yang dimaklumkan, terdapat paip air besar pecah di jalan utama menuju pekan.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-372.
Serangan ke atas penduduk di kem Jabalia semakin meruncing dan berlanjutan. Sebuah video yang disebarkan oleh pihak Israel menunjukkan seorang pemuda Palestine yang telah tercedera. Kelihatan di dalam video tersebut pemuda tersebut sedang berusaha menelefon untuk mendapatkan bantuan, namun beberapa ketika selepas itu sebiji bom telah dijatuhkan ke atas beliau dan meletup. Keluarga pemuda tersebut melahirkan rasa kesedihan apabila diperlihatkan akan video tersebut.



No comments:
Post a Comment