Assalamualaikum pagi yang memulakan hari yang bakal ditempuhi dengan penuh keazaman dan harapan..
Hari Isnin 14 Oktober bersamaan 11 Rabiatul Akhir.
Hari ini sekolah anak teruna sulong cuti dan akan diganti pada hari sabtu yang akan ditentukan nanti. Sekolah mendapat kebenaran untuk cuti mengambil kira didaerah tempat CikYong ini masih lagi terdapat kawasan2 yang masih lagi menghadapi gangguan bekalan air.
Namun begitu, sekolah anak teruna kedua berjalan seperti biasa. Kelonggaran diberikan oleh pihak sekolah untuk membenarkan pelajar2 memakai pakaian yang sesuai untuk ke sekolah. Ini memandangkan terdapat keluarga yang tidak berkesempatan membasuh pakaian disebabkan gangguan bekalan air selama dua hari yang lepas.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-374.
Walaupun telah lebih setahun perang berlarutan, pejuang mujahidin masih tetap teguh memberi tentangan kepada tentera Israel.







No comments:
Post a Comment