Wednesday, 9 October 2024

Hari ke-281 di tahun 2024

 Assalamualaikum.. salam buat hari yang menjelma mengikut ketetapan Ilahi sehingga tiba hari pengakhiran.

Hari Isnin bersamaan 7 Oktober bersamaan 4 Rabiatul Akhir.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Kedua2nya bersekolah seperti biasa.

Di sebelah pagi, CikYong mengemas di dalam rumah dan di luar rumah pula, CikYong menjenguk pepokok bunga.

CikYong memasak ayam masak merah dan gulai lemak labu bercampur kacang panjang.

Selepas suami mengambil anak teruna kedua pulang dari sekolah, suami menghantar pula CikYong untuk temujanji doktor. Petang ini doktor memaklumkan keperluan untuk CikYong memulakan regim mengambil ubat TB. Keputusan mantox tempoh hari menunjukkan CikYong berkemungkinan mempunyai kuman TB pendam ataupun Latent TB. Doktor menerangkan kaedah perubatannya dan juga kesan2 sampingan. CikYong akan memulakannya pengambilan ubat TB pada esok hari.

Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bot nelayan. Menurut maklumbalas dari anak teruna sulong CikYong, lukisan bot nelayan tersebut masih lagi kelihatan seperti lukisan kartun. CikYong perlu menambah warna2 yang gelap agar dapat ditimbulkan objek2 di bot tersebut.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-367.

Hari ini genaplah setahun telah berlakunya perang di Palestine. Israel terus menerus membedil rumah, masjid dan apa sahaja yang ingin dibomnya.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...