Wednesday, 2 October 2024

Hari ke-273 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi Ahad yang tenang..

Hari Ahad 29 September bersamaan and 25 Rabiatul Awal.

Hari ini CikYong berasa sedikit kepenatan, berkemungkinan disebabkan seharian perjalanan pada hari semalam.

Anak teruna sulong masih berada di perkhemahan semenjak hari Jumaat yang lalu. Beliau hanya pulang ke rumah pada lewat petang. Alhamdilillah di akhir perkhemahan selama dua hari, beliau berjaya mendapat kenaikan pangkat kepada Staff Sarjan.

Anak teruna kedua pula menghadiri seminar persediaan peperiksaan yang di adakan di sekolah agamanya. Seminar satu hari diadakan sehingga ke petang hari. Makan tengahari di sediakan oleh pihak penganjur.

Pagi ini CikYong pergi ke kelas seni lukis bersendirian tanpa ditemani anak2. Walau bagaimanapun, anak saudara CikYong turut hadir ke kelas seni. Hari ini CikYong menyambung lukisan bot nelayan. CikYong hanya menambah sedikit sahaja lukisan CikYong pasa kali ini. Kepenatan dari hari semalam mungkin menyebabkan CikYong kurang fokus untuk melukis hari ini.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-359.

Semakin ramai pemimpin2 Hezbollah telah dibunuh oleh Israel. Israel melakukan provokasi yang maksimum untuk mengheret negara2 timur tengah ke dalam kancah peperangan.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...