Thursday, 3 October 2024

Hari ke-276 di tahun 2024

 Assalamualaikum.. salam pagi yang segar dan nyaman dan diizinkan masih lagi bernafas untuk kesekian harinya.

Hari Rabu 3 Oktober bersamaan 28 Rabiatul Awal.

Hari persekolah buat anak2 CikYong. Hari ini anak teruna kedua mempunyai latihan sukan untuk rumah sukannya pada sebelah petang. Oleh kerana itu, beliau akan terus berada di sekolah sehingga ke petang dan seterusnya beliau pergi pula ke sekolah agamanya.

Anak teruna sulong hadir ke sekolahnya seperti biasa. Pada sebelah petang, beliau mempunyai kelas muzik bersama guru muzik di sekolahnya. Namun di ketika anak tiba di kelas muziknya, rupa2nya ianya dibatalkan kerana gurunya perlu menghadiri mesyuarat di PPD. Oleh kerana suami terus pulang setelah menghantar anak ke sekolah, anak CikYong terpaksa berjalan ke rumah opahnya. Beliau kemudiannya, menggunakan telefon di rumah opahnya untuk menelefon suami untuk mengambilnya semula untuk balik ke rumah.

Pada sebelah pagi, CikYong turut menemani suami membawa bonda ke klinik kesihatan. Hari ini bonda perlu di ambil darah untuk diuji. Bonda perlu berpuasa semenjak malam semalam. Oleh kerana, ramai penggunjung ke klinik, kebiasaannya tempat letak kereta akan sentiasa penuh. Oleh kerana itu, CikYong menunggu di dalam kereta sementara suami membawa bonda ke tempat pengambilan darah untuk diuji.

Oleh kerana ramai orang di bahagian pengambilan sampel darah, kami perlu menunggu lama. CikYong mengikuti kelas bahasa arab ulangkaji bersama ustazah di dalam kereta sahaja hari ini. Setelah CikYong selesai mengikuti kelas, giliran bonda untuk diambil sampel darah masih lagi belum tiba. Sejam kemudian, barulah urusan pengambilan sampel darah selesai.

Kami terus ke kedai makan kerana bonda telah kelaparan disebabkan bonda belum lagi makan semenjk malam sebelumnya. Bonda perlu berpuasa semalaman sebelum sampel darah diambil. Usai makan tengahari dan membeli lauk bungkus untuk anak2, kami menghantar bonda pulang ke rumah bonda sebelum kami pulang ke rumah.

Di sebelah petang, CikYong menyambung melukis lukisan bunga tasbih.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-362.

Iran telah menyerang balas terhadap Israel. Adakah perang di Timur Tengah akan berleluasa? Negara2 sekutu Israel mula sibuk menghantar bantuan ketenteraan kepada Israel. Inilah yang ditunggu2 oleh negara2 Zionist, iaitu peluang menghancurkan negara2 timur tengah dalam usaha menguasai rantau tersebut.







No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...