Assalamualaikum pagi Isnin yang tenang dan damai..
Hari Isnin 30 September bersamaan 26 Rabiatul Awal.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak2 hadir ke sekolah seperti biasa. Anak teruna kedua menghadiri sambungan seminar untuk hari ke-2. Seminar diadakan di sebelah petang di sekolah agamanya. Usai seminar, pelajar yang menyertainya dibenarkan untuk pulang ke rumah sejam lebih awal dari waktu persekolahan yang biasa.
Hari ini CikYong membuat pruning pepokok bunga kertas yang telah menjulur ke arah lorong di tepi rumah. Ianya telah memasuki ruang lorong dan mengganggu kenderaan yang keluar masuk lorong ini. Terpaksalah juga dikorbankan bunga yang rimbun dan cantik berjambang2an di pepohon.
CikYong juga membuat kerja rumah bahasa arab. Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga tasbih.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-360.
Israel telah mengumumkan akan memulakan pencerobohan darat terhadap Lebonan pada bila2 masa sahaja. Di Gaza, Israel mengebom Khan Yunis.







No comments:
Post a Comment