Wednesday, 30 October 2024

Hari ke-302 di tahun 2024

Assalamualaikum…

Hari Isnin 28 Oktober bersamaan 25 Rabiatul Akhir.

Hari ini merupakan persekolahan bagi anak teruna sulong sahaja. Anak teruna kedua pula, sekolah kebangsaanya bercuti peristiwa bersempena hari sukan sekolah pada hari Sabtu yang lalu. Namun anak teruna kedua mempunyai aktiviti sekolah yang perlu di hadiri. Beliau terlibat di dalam persembahan koir berkaitan aedes di hospital di pekan CikYong. 

Anak teruna kedua menghadiri sesi persekolahannya seperti biasa. Beliau menyertai raptai hari anugerah ko-korikulum di sekolahnya.

Pagi ini CikYong memasak creampuff untuk di bawa ke jamuan sekolah petang anak kedua. CikYong membuatnya di atas permintaan kawan2 sekolahnya yang menginginkan creampuff. Sekolah petangnya mengadakan jamuan bersempena berakhirnya peperiksaan SRAI tempoh hari.

Sebelah petang, CikYong mula mengupas bawang putih dan bawang merah sebagai persediaan untuk memasak acar buah. Telah lama CikYong dan suami tidak memasak acar buah. Hasrat CikYong untuk memberikan acar buah ini sebagai buah tangan untuk kawan CikYong.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-388.

Penderitaan dan nasib rakyat Palestine di kem Jabalia tidak ketahuan apabila Israel telah menangkap mereka beramai-ramai dan di bawa ke tempat yang tidak diketahui. Ya Allah hanya kepadaMu tempat meminta pertolongan. Kurnikanlah kekuatan buat saudara2 kami di Palestine yang sedang menghadapi ujian yang paling getir di ketika ini.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...