Assalamualaikum…
Hari Ahad 27 Oktober bersamaan 24 Rabiatul Akhir.
Hari ini CikYong dan keluarga pergi menziarahi ke rumah adik ipar (no.4) di bandar P. Adik ipar (no.8) telah berada di sana, beliau dan keluarga membawa bonda bersama telah pergi ke sana semalam dan bermalam di sana. Di tengahari, tuan rumah (adik ipar no.4) telah memasak masakan menu istimewa iaitu nasi minyak dan ayam ganja, di atas permintaan bonda.
Selepas kami menjamu selera, CikYong dan keluarga pergi ke pusat membeli belah di bandar P. Kami membeli sarung telefon bimbit yang baru untuk telefon yang dikongsi bersama oleh anak2 CikYong. Sarung telefon lama telahpun rosak. Kami juga membelikan kasut sekolah untuk anak teruna kedua. Kasut sekolahnya yang sedia ada masih boleh lagi dipakai walaupun ianya telah koyak di bahagian tepi.
Usai membeli kasut dan sarung telefon, kami pun bergerak pulang ke kampung.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-387.
Tentangan dari rakyat Paleatine tetap kukuh. Tentangan terbaru berlaku rempuhan bas di Tel Aviv. Dikatakan terdapat kira2 50 orang penumpang yang cedera termasuk 20 orang daripadanya adalah merupakan tentera IDF.




No comments:
Post a Comment