Friday, 11 October 2024

Hari ke-284 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang diberkati. Semoga hari ini menjadi hari yang penuh dengan amalan yang membawa manfaat buat agama, diri, keluarga dan masyarakat.

Hari Khamis 10 Oktober bersamaan 7 Rabiatul Akhir.

Hari persekolahan seperti biasa buat anak2 CikYong. Hari ke-3 dan hari terakhir peperiksaan percubaan SRAI buat anak teruna kedua CikYong. Hari ini terdapat kertas Bahasa Arab.

CikYong pula menghadiri kelas bahasa arab bersama ustazah seperti biasa. Di tengahari, CikYong hanya menggoreng isi ayam bertepung dan menumis sayur sawi. Suami belikan masak lemak kuning ikan kembung dan ikan bawal bersambal.

CikYong hantar gambar lukisan bot nelayan kepada cikgu lukisan CikYong. CikYong minta pandangan dari cikgu untuk penambahbaikan. Maklum balas dari cikgu, lukisan bot nelayan sudah cukup cantik. Pada sebelah petang, CikYong buatkan sedikit lagi touch up sebagai penyudah lukisan bot nelayan. CikYong juga mula menyambung lukisan air terjun yang telah lama diketepikan.

Hari ke-3 CikYong mengambil ubat Latent TB. Setakat hari ini, tiada kesan sampingan yang ketara kecuali air kencing berubah warna kepada kemeraha-meraha. Doktor telah memaklumkan bahawa salah satu daripada ubat TB tersebut, penyerapan ke dalam badan hanya 70% dan bakinya akan dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Oleh kerana itu, air kencing dan air mata (kika tidak silap apa yang CikYong dengar daripada penjelasan doktor) akan berwarna kemerahan. 

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-370.

Israel semakin mengganas. Mereka mengebom sekolah di Gaza dan Lubnan. Begitu ramai penduduk di Gaza dan Lubnan yang terkorban dan cedera. Israel mahu menghalau penduduk di utara Gaza dan menjadikan utara Gaza sebagai kawasan dikawal sepenuhnya oleh Israel.







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...