Assalamualaikum hari yang penuh rahmat, semoga dipenuhi dengan rahmat Ilahi kepada hamba2Nya yang berusaha menuju jalan yang benar.
Hari Ahad 20 Oktober bersamaan 17 Rabiatul Akhir.
Hari hujung minggu buat anak2 CikYong.
Hari ini CikYong pergi ke kelas seni tanpa anak2 CikYong menyertainya. Anak teruna kedua CikYong pula batuk dan sakit tekak menyebabkan CikYong tidak mahu beliau menyertai kelas hari ini. Anak teruna sulong pula tidak hadir kerana adiknya tidak hadir. Tak de kawan, katanya. Hari ini CikYong melukis tepak sirih dan sirih junjung. Cikgu menyuruh kami, CikYong dan tiga orang rakan lain yang menyertai kelas seni dewasa melukis di atas kertas lukisan sahaja hari ini.
Setiba di rumah, CikYong terus menyediakan juadah makan tengahari untuk hari ini. CikYong memasak ayam masak bali sebagai menu hari ini.
Suami dan di bantu oleh anak2 serba sedikit mula mengemas buku2 dan rak2 buku yang mengalihkannya ke kedudukan yang lain.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-380.
Di mana di media sosial menceritakan kekaguman pengakhiran Al Syahid Yahya Sinwar yang dicemburui oleh mereka yang inginkan pengakhiran sebagai seorang syuhada sejati. Sementara itu, pihak musuh Israel di katakan telah menahan berpuluh2 rakyat Palestine di kem Jabalia setelah mereka menjalankan operasi mengebom kem Jabalia berhari2 lamanya. Semoga Allah mengurnikan kekuatan buat rakyat Palestine yang melalui saat2 ujian yang begitu getir dan juga buat umat Islam yang cintakan kebenaran di jalan Allah. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:
Post a Comment