Assalamualaikum salam sejahtera. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Hari Sabtu 28 September bersamaan 24 Rabiatul Awal.
Hari ini CikYong bermusafir ke ibukota untuk meraikan sahabat lama CikYong yang melangkah ke alam perkahwinan.
Suami CikYong menghantar CikYong ke stesen keretapi setelah menghantar anak teruna kedua ke kelas tambahannya. Keretapi ETS tiba tepat seperti yang dijadualkan. Setibanya CikYong di ibukota, CikYong terus menaiki LRT menuju ke stesen yang telah dijanjikan dengan sahabat CikYong. Setiba di stesen tersebut, sahabat lama CikYong dan suaminya telah sedia menungu. CikYong kemudiannya menumpang kenderaan sahabat CikYong ini dan kami semua bergerak ke masjid di mana majlis diadakan. Majlis pertunangan dan disusuli dengan majlis akad nikah telah selesai berlangsung di ketika CikYong dan sahabat CikYong tiba di lokasi majlis. Jamuan tengahari sedang berlangsung di dewan masjid tersebut. Kami pun terus memasuki dewan. Alhamdulillah CikYong bertemu dengan rakan2 sekolah yang hampir kebanyakannya tidak bertemu semenjak selepas tamat persekolahan. Rata2 kesemua rakan yang CikYong temui terkejut akan kehadiran CikYong. Ini kerana CikYong tidak maklumkan akan kehadiran CikYong di dalam wassap grp rakan2 sekolah. CikYong hanya memaklumkan kepada sahabat yang dirai selaku tuan rumah. Sementara rakan yang membantu mengambil CikYong di stesen LRT, CikYong hanya berhubung dengannya semalam.
Begitu riuh rendah kami bertemu, bertanya khabar. Sesi bergambar diadakan bersama rakan2 dan juga dengan pengantin yang diraikan.
Di ketika masuk waktu Zohor, rakan CikYong mengajak ke ruang solat masjid untuk bersolat. Usai bersolat, beberapa orang rakan mengajak CikYong untuk mengikuti mereka berjalan2 ke kompleks membeli belah yang berdekatan. Kami berlima menaiki kereta salah seorang rakan menuju ke destinasi yang dirancang. Setiba di kompleks membeli belah, salah seorang rakan membawa kami yang lainnya pergi menjenguk dua orang anaknya. Seorang sedang bekerja di outlet menjual ais krim sementara kakaknya di outlet butik menjual beg tangan. Di outlet ais krim, kami sempat membeli ais krim dan di butik beg tangan, dua orang rakan CikYong pula membeli beg duit dan porch comel.
Usai berjalan2 di komplels membeli belah, kami singgah sebentar di rumah salah seorang daripada kami untuk berehat beberapa ketika. Kami masih sempat lagi menyambung bersembang pelbagai hal. Rakan CikYong kemudiannya menghantar CikYong ke stesen LRT terdekat. CikYong menaiki LRT menuju ke stesen pusat. Oleh kerana masih ada lagi masa sebelum waktu keretapi bertolak, CikYong berjalan2 di sekitar kompleks membeli belah. CikYong sempat membeli sedikit makanan buat lapik perut semasa di dalam keretapi nanti dan juga membeli sedikit makanan sebagai buah tangan untuk anak2 CikYong.
Perjalanan keretapi berjalan lancar sehingga tiba di destinasi. Suami dan anak teruna kedua telah sedia menunggu di stesen. Alhamdulillah CikYong selamat tiba di rumah pada lewat malam. Walaupun agak memenatkan, namun perjalanan hari ini amat berbaloi dapat bertemu dengan rakan2 lama setelah sekian lama tidak bertemu.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-358.



No comments:
Post a Comment