Wednesday, 30 October 2024

Hari ke-303 di tahun 2024

Assalamulaikum pagi yang membawa bersamanya rahmat dan hikmah yang perlu diusahakan untuk menggapainya.

Hari Selasa 30 Oktober bersamaan 26 Rabiatul Akhir.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Anak teruna sulong hanya pergi sebentar ke sekolah pada pagi ini. Beliau hadir untuk menyertai persembahan KRS yang diadakan bersempena majlis anugerak ko-korikulum di sekolahnya. Usai acara tersebut, beliau meminta kebenaran dari gurunya untuk pulang awal. 

Pagi ini anak CikYong juga perlu menghadiri temujanji doktor orthodontiknya. Hari ini doktor memasang getah spacer di celah giginya. Kami kemudiannya perlu pergi semula ke klinik disebabkan getah tersebut telah tertanggal ketika kami di rumah setelah pulang dari klinik. Doktor telah memasang semula getah tersebut. Namun, ketika di rumah, kejadian yang sama berulang lagi. Getah tersebut tercabut untuk kali kedua. Namun setelah CikYong menelefon klinik untuk mendapatkan tunjuk nasihat untuk apa yang perlu dilakukan seterusnya. Di atas nasihat pihak klinik, getah yang telah tercabut buat kali keduanya itu tidak perlu dipasang semula. Alhamdulillah selesai satu permasalahan.

Anak teruna kedua memberitahu bahawa rakan sekolahnya meminta anak CikYong membawa creampuff ke sekolah agama pada sebelah petang. Kata kawanny, emaknya teringinkan creampuff seperti yang dibawa untuk jamuan semalam. Alhamdulillah ade sedikit baki cream puff di dalam peti sejuk yang boleh dibawa oleh anak untuk diberikan kepada kawannya.

Di sebelah petang, CikYong menyambung mengupas bawang merah dan halia sebagai persediaan bahan2 untuk memasak acar buah.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-389.

Hari demi hari, dihitung hari. Dari satu digit dua digit dan kini ke tiga digit, masih lagi tiada tanda2 perang ini  akan berakhir. Sesungguhnya kecekalan pada tahap tinggi diperlukan untuk bertahan sehingga ke saat ini. Dan lebih lagi untuk meneruskan perjuangan ini untuk hari2 yang mendatang.







No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...