Assalamualaikum pagi yang mendung.. semoga Allah mencurahkan taufiq dan hidayahNya kepada hambaNya yang mengingininya.
Hari Khamis 3 Oktober bersamaan 29 Rabiatul Awal.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua selsema semenjak semalam, namun beliau tetap pergi ke sekolah seperti biasa. Anak teruna sulong menghadiri sekolah juga seperti biasa. Pagi ini suami perlu pergi ke kedua2 sekolah anak2 untuk mengambil wang bantuan persekolahan sebagaimana yang di telah dimaklumkan oleh pihak sekolah di dalam Telegram grp.
CikYong mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah seperti biasa. Hari ini hanya empat orang pelajar sahaja yang menyertai kelas. Tiga orang lagi pelajar tidak dapat menghadirkan diri.
Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga tasbih. Alhamdulilllah akhirnya, lukisan ini dapat disiapkan sekadarnya. Seterunya CikYong menyambung lukisan bot nelayan pula.
Cuaca hari ini mendung di sebelah pagi. Hujan disebelah petang hingga ke malam. Hujan turun dengan lebatnya pada lewat petang. Terdapat bocor di bahagian dapur rumah. Air menitik dari syiling. Ini bermakna, bunbung yang dibaiki sebelum ini tidak menyelesaikan masalah bocor tersebut.
Di sebelah malam, CikYong cuba menyiapkan kerja rumah bahasa arab. Hanya tinggal dua lagi soalan yang belum disiapkan, tetapi CikYong terpaksa menangguhkannya ke waktu yang lain. Mata terlalu berat untuk bertahan terbuka.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-363.
Perang semakin sengit di Timur Tengah. Semoga bantuan Allah tiba untuk umat Islam memerangi musuh Islam. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:
Post a Comment