Assalamualaikum, salam Jumaat yang penuh baroqah..
Hari Jumaat 4 Oktober bersamaan 1 Rabiatul Akhir
Hari ini anak teruna sulong tidak hadir ke sekolah. Beliau mempunyai temujanji dengan doktor orthodontiknya. Anak teruna kedua hadir ke sekolah seperti biasa.
Hari ini bonda juga mempunyai temujanji dengan doktor di klinik kesihatan. Suami menemani bonda ke temujanji. CikYong menghantar suami dan bonda ke klinik sebelum CikYong pulang ke rumah. CikYong bawa pula anak CikYong ke klinik orthodontik. Di ketika anak berada di bilik doktor untuk pemeriksaan giginya, suami menelefon CikYong dan memberitahu nahawa urusan temujanji bonda telah selesai. CikYong segera keluar sebentar dari klinik orthodontik untuk mengambil suami dan bonda di klinik kesihatan. Di ketika CikYong baru tiba di klinik kesihatan, anak CikYong pula menelefon dari klinik orthodontik, memaklumkan, doktornya ingin berjumpa dengan CikYong. Setelah mengambil suami dan bonda, kami bergegas pula ke klinik orthodontik. Setiba di klinik, CikYong dan anak terus masuk ke bilik doktor. Doktor menerangkan perihal keadaan semasa gigi anak dan rawatan selanjutnya yang akan diambil untuk membetulkan susunan gigi. Pada masa yang sama, suami dan bonda menunggu di dalam kereta.
Usai urusan di klinik, kami pun bergerak pulang ke rumah. Suami menghantar CikYong dan anak pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum menghantar bonda pulang ke rumah bonda. Pada masa yang sama, anak teruna kedua telah tiba di rumah, beliau di hantar oleh adik ipar yang juga merupakan guru di sekolahnya. Oleh kerana hari ini merupalan hari Jumaat, sesi persekolahan tamat lebih awal. Oleh kerana CikYong dan suami masih lagi berada di klinik, maka suami telah meminta pertolongan adik ipar untuk menghantar anak teruna kedua pulang ke rumah. Anak teruna kedua menunggu di luar rumah sehingga kami tiba disebabkan beliau tidak mempunyai kunci rumah.
Hari ini agak kelam kabut sedikit disebabkan bertembung beberapa urusan. CikYong juga tidak sempat menyediakan makan tengahari. CikYong hanya membeli nasi ayam untuk makan tengahari kami.
Cuaca hari ini panas dari pagi hingga ke petang. Di sebelah petang, cuaca mendung sedikit dan hujan renyai untuk sebentar sahaja. Disusuli selepas itu, cuaca panas semula.
Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bot nelayan.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-364.
Israel semakin mengganas, mengebom pelbagai lokasi penempatan orang awam di Gaza dan Lubnan. Amerika pula telah mula menyerang Yaman. Angka rakyat Lubnan yang terkorban telah menghampiri dua ribu orang sementara berpuluh2 ribu yang cedera, lebih dari sejuta yang kehilangan tempat tinggal. Serang balas dari Lubnan dan Iran juga diperhebatkan. Kawasan terletaknya rumah Nethanyahu juga diserang.








No comments:
Post a Comment