Sunday, 27 October 2024

Hari ke-299 di tahun 2024

 Assalamualaikum salam Jumaat yang diberkati.

Hari Jumaat 25 Oktober bersamaan 22 Rabiatul Akhir.

Hari ini anak2 CikYong bersekolah seperti biasa. Anak teruna kedua menyertai pasukan koir sekolah untuk membuat persembahan aedes di hospital pada hari Isnin minggu hadapan. Hari ini beliau menghadiri raptai persembahan di hospital. Guru yang memimpin kumpulan koir tersebut membawa mereka yang terlibat ke hospital. Oleh kerana borang kebenaran ibubapa untuk murid menyertai raptai hari ini masih belum diisi, suami berulang alik ke sekolah untuk menyelesaikannya. Oleh kerana itu, hari ini kami tidak ke rumah bonda untuk mengemas halaman rumah bonda seperti minggu2 sebelumnya. 

Di tengahari, CikYong hanya menggoreng ikan siakap sebagai juadah tengahari.

Di sebelah petang, CikYong menemani suami mengambil kereta kami daripada bengkel. Seterusnya kami singgah di rumah bonda untuk memulangkan kereta adik ipar yang dipinjam semenjak semalam. Kami juga singgah di hospital untuk suami mengambil ubat di farmasi. Ubat tersebut adalah stok ubat untuk rawatan mata anak teruna kedua.

Hari ini CikYong menghabiskan bacaan buku novel The Thorn and Carnation, yang ditulis oleh As Syahid Yahya Sinwar. Novel mencerita kehidupan yang di lalui oleh rakyat Palestine selepas peristiwa nakba 1948 hingga ke 2004. Ketika buku ini ditulis. As Syahid masih lagi di dalam penjara di tanah jajahan Palestine oleh penjajah Israel di sekitar 2004.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-385.








No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...