Thursday, 24 October 2024

Hari ke-298 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang tenang dan dipenuhi dengan semangat untuk menempuhi hari yang mendatang dengan azam yan kuat. InsyaAllah.

Hari Khamia 24 Oktober bersamaan 21 Rabiatul Akhir.

Hari persekolahan seperti biasa buat anak2 CikYong. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SRAI buat anak teruna kedua CikYong dan seangkatan dengannya. Hari ini terdapat satu sahaja kertas iaitu keryas Bahasa Arab.

Di sekolah pagi, anak teruna kedua tidak hadir ke sekolah. Hari ini CikYong membawa beliau ke temujanji doktor pakar di klinik mata. Hari ini doktor mengurangkan bilangan ubat yang perlu diambil oleh anak CikYong dari empat ke tiga jenis. Doktor juga menunjuk cara membersihkan bulu mata yang betul yang perlu dilakukan di rumah pada setiap hari.

Sesuatu yang melucukan berlaku ketika berada di bilik doktor. Doktor bertanyakan kepada CikYong samada telah dapat dipastikan apakah punca alahan anak CikYong. CikYong memaklumkan bahawa masih belum dapat dipastikan apakah punca alahannya. Lalu doktor bertanya lagi samada anak CikYong ada makan seafood. Lalu CikYong menjawab bahawa anak CikYong tidak makan seafood. Namun anak CikYong terus memingkas jawapan CikYong dengan menyatakan beliau ada memakan seafood iaitu ikan. Lantas CikYong dan juga doktor terdiam seketika, dan terus doktor tertawa dan menyatakan betul juga apa yang dikatakan oleh anak CikYong. CikYong juga turut ketawa dan mengiyakannya. Betul juga ikan juga merupakan sebahagian daripada seafood. Pada masa yang sama, anak CikYong tertanya2 akan apakah yang membuatkan CikYong dan doktor ketawa dengan jawapan yang diberikannya itu. Maka CikYong menerangkan kepada anak CikYong apakah yang dimaksudkan dengan seafood.

Usai urusan di hospital, kami pulang ke rumah. Di ketika CikYong tiba di rumah, kelas bahasa arab bersama ustazah telah pun berjalan lebih dari separuh masa pelajaran. Walau bagaimanapun, CikYong masih sempat memasuki kelas untuk mengikuti separuh masa lagi yang berbaki.

Usai kelas bahasa arab, CikYong dan suami keluar untuk menghantar kereta ke bengkel. Sebelum ke bengkel, kami pergi ke rumah bonda untuk meminjam kereta ipar. Kereta kami di hantar ke bengkel untuk diperiksa masalah enjin dan bahagian elektroniknya. Kereta dittinggalkan di bengkel dan kami pulang ke rumah dengan kereta adik ipar.

Cuaca petang panas seperti hari2 sebelumnya.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-384.










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...