Sunday, 6 October 2024

Hari ke-279 di tahun 2024

 Assalamualaikum..selamat pagi yang diberkati…

Hari Sabtu 5 Oktober bersamaan 2 Rabiatul Akhir.

Hari ini anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya.

Pada perancangan awalnya, kami sekeluarga ingin pergi menziarahi adik ipar CikYong yang masih lagi di dalam tempoh’iddah disebabkan kematian suaminya. Kami juga merancang untuk bermalam di rumah adik ipar dan pulang ke kampung pada keesokan hari ini.

Usai kelas tambahan anak teruna kedua, kami pun bersiap2 barang keperluan dan pakaian. Suami CikYong juga mengajak bonda untuk mengikuti kami bersama. Setelah selesai menyediakan beg pakaian dan barang keperluan lain, kesemua barangan di masukkan ke dalam kenderaan. Setelah kami semua berada di dalam kereta dan sebelum suami mula memandu, CikYong bertanyakan kepada suami samada telah diberitahu kepada adik ipar akan kedatangan kami. Rupa2nya suami belum lagi memberitahu adik ipar. Suami CikYong pun terus menelefon adiknya (adik ipar CikYong). 

Pada asalnya suami menyangka adik ipar pasti tidak ke mana2 memandangkan adik ipar masih lagi di dalam ‘iddah. Rupa2nya memang tiada di rumahnya. Beliau berada di bandar J bersama anak2nya. Salah seorang anak beliau akan menghadiri majlis graduasi pada esok hari di bandar tersebut. Oleh kerana itu, perancangan kami terpaksa kami batalkan. Beg2 pakaian di bawa masuk semula ke rumah. Begitulah, manusia hanya  merancang, tuhan yang menentukan.

Di tengahari, CikYong memasak gulai lemak kuning udang. Pada asalnya, CikYong bercadang untuk menggoreng isi ayam yang masih berbaki di dalam freezer. Namun, CikYong tidak jadi menggorengnya kerana anak2 teringin untuk makan burger Marry Brown untuk makan tengahari. Selepas Zohor, suami CikYong pun keluar untuk membelinya. Ketika kami menikmati makan tengahari, rupa2nya terdapat silap faham akan menu yang diingini. Suami hanya membeli sebiji sahaja burger, makanya anak2 CikYong terpaksa berkongsi separuh seorang.

Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bot nelayan. Selepas Asar, cuaca mendung dan agak gelap disebabkan hujan lebat mulai turun disusuli dengan guruh dan petir. CikYong menangguh melukis dan akan di sambung di masa dan hari yang lain. InsyaAllah.


Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-365.

Israel berhabis-habisan menyerang Palestine dan Lubnan. Perancis memberhentikan bantuan ketenteraan kepda Israel. Lebih ramai rakyat Palestine dan Lubnan terkorban. Hamas menyeru rakyat Palestine mempertahankan Masjid Al Aqsa yang semakin dicerobohi oleh extremist Yahudi. Ya Allah kurniakanlah kekuatan kepada umat Islam dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam dari dirosakkan oleh musuh Islam. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...