Assalamualaikum pagi yang diberkati..
Hari Sabtu 26 Oktober bersamaan 23 Rabiatul Akhir.
Hari ini walaupun hari Sabtu, kedua2 anak CikYong mempunyai program sekolah. Anak teruna sulong perlu menghadiri sesi persekolahan sebagai hari persekolahan ganti. Beliau menghadiri sekolah menggunakan jadual hari Isnin yang bagi menggantikan hari Isnin persekolahan yang telah dibatalkan sebelumnya. Di sekolah, beliau menyertai raptai untuk hari anugerah ko-korikulum yang akan di adakan pada hari Selasa minggu hadapan.
Anak teruna kedua pula menyertai perarakan rumah sukan bersempena hari sukan sekolahnya hari ini. Suami dan CikYong menghantar anak CikYong ke stadium mini di mana sukan sekolah dijalankan di sana. Usai menghantar anak2 ke sekolah, CikYong dan suami singgah bersarapan pagi di kedai makan. Setelah bersarapan, kami pulang sebentar ke rumah sebelum pergi semula ke stadium mini. Kami sempat menonton perarakan pasukan rumah sukan. Setiap rumah sukan mempamerkan kreativiti dan semangat anak2 murid yang menyertai perarakan rumah sukan masing2.
Setelah perarakan selesai, CikYong dan suami balik ke rumah. CikYong tidak menunggu sehingga sukannya selesai. Di tengahari, suami pergi mengambil anak2 pulang dari sukan dan juga seorang lagi dari sekolahnya.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-386.
Peperangan semakin sengit di Lubnan. Pembunuhan rakyat Palestine masih berterusan.







No comments:
Post a Comment