Sunday, 20 October 2024

Hari ke-291 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang penuh rahmat dari Allah yang tidak pernah putus.

Hari Khamis 17 Oktober bersamaan 14 Rabiatul Awal.

Anak2 CikYong menghadiri persekolah seperti biasa. Anak teruna sulong tetap pergi ke sekolah walaupun keadaan dirinya yang masih lagi terasa sedikit demam. Beliau mengambil paracetamol sebelum pergi ke sekolah. Anak teruna kedua pula menghadiri sesi bacaan Yassin dan solat hajat di sekolah agamanya. Ianya merupakan acara yang diadakan oleh pihak sekolah sebagai sebahagian persediaan mental buat anak2 murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan SRAI pada minggu hadapan.

Di sebelah pagi, CikYong mengikuti kelas bahasa arab bersama Ustazah seperti biasa

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-377.

Negara2 di dunia meneruskan tekanan terhadap Israel agar menghentikan perang terhadap Palestine. Pada masa yang sama, tentera Israel juga menyatakan kebimbangan perang yang berterusan akan memusnahkn Israel. Israel ingin mempergiatkan serangan terhadap Lubnan. Pada masa yang sama, Lubnan menyasarkan penempatan haram di tanah jajahan Israel.












No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...