Assalamualaikum pagi yang diberkati..
Hari Isnin 21 Oktober bersamaan 18 Rabiatul Akhir.
Hari persekolahan seperti biasa buat anak2 CikYong.
Anak teruna kedua masih lagi mempunyai sakit tekak yang membimbangkan CikYong. Tiga hari yang akan datang merupakan hari peperiksaan SRAI. Semoga dipermudahkan segala urusan anak teruna kedua CikYong dan di kurniakan kesihatan yang baik agar beliau dapat menjalani peperiksaannya di dalm keadaan yang sebaik mungkin. Di sebelah petang
Di sebelah pagi, CikYong menemani suami menjenguk bonda di rumahnya. Suami risau disebabkan tidak dapat menghubungi bonda melalui telefon di rumah. Berkemungkinan gagang telefon rumah tidak diletak dengan betul.
Setelah balik ke rumah semula, CikYong dan suami bergotong royong berdua mengutip sampah sarap di parit di hadapan rumah. Terdapat banyak botol2 terapung di dalam parit yang mungkin dibuang oleh orang2 yang lalu lalang di jalanraya bersebelahan parit. Apa yang pasti, CikYong dan keluarga tidak pernah membuang apa2 sampah sarap ke dalam parit tersebut. Malah sebelum2 ini, CikYong dan suami telah melakukan perkara yang sama iaitu mengutip botol2 dan sampah sarap dari parit tersebut.
Di sebelah petang, cuaca begitu panas. CikYong tidak jadi menyambung lukisan.
Di sebelah malam, selepas anak2 CikYong balik dari kelas mengaji, kami sekeluarga membaca Yasin bersama2 dan berdoa untuk anak teruna kedua dan semua murid tahun 6 yang menduduki SRAI dapat menjalani peperiksaan SRAI dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul dan mendapat straight As. Amin amin ya rabbal alamin.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-381.
Rakyat Palestine di kem Jabalia telah di halau keluar dari rumah mereka oleh tentera Israel yang tidak berperi kemanusiaan. Kematian anak2 Palestine akibat pengeboman di merata lokasi di Gaza sungguh memilukam hati. Video2 memaparkan kesedihan kain keluarga yang mengucapkan kata2 terakhir di jasad2 ahli keluarga yang terkorban. Anak2 yang cedera sungguh menyayatkan hati melihatkan penderitaan dan kesakitan yang mereka alami. Serangan bertubi2 oleh Israel terhadap Lubnan juga sungguh meruntun jiwa. Semoga semua ujian yang getir ini diberikan balasan yang tertinggi dan di angkat kemuliaan insan2 yang mulia ini di sisi Allah swt. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:
Post a Comment