Sunday, 20 October 2024

Hari ke-290 di tahun 2024

 Assalamulaikum pagi yang diberkati.

Hari Rabu 16 September bersamaan 13 Rabiatul Akhir.

Kedua2 anak CikYong menghadiri sesi persekolahan masing2 seperti biasa pada hari ini. Namun anak teruna sulong tidak menghadiri kelas muzik drumnya di sebelah petang. Anak CikYong mengadu kurang sihat, terasa badannya demam. Beliau memaklumkan gurunya akan ketidakhadirannya kepada guru muziknya melalui pesanan di wassap. Anak teruna kedua pula menyertai sukantara yang diadakan di sekolah paginya. Di sebelah petang, sekolah agamanya mengadakan sesi ulangkaji intensif sebagai persediaan untuk peperiksaan SRAI yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Oleh kerana itu, di sepanjang minggu ini diadakan sesi ulangkaji yang dinamakan gerak gempur.

Di sebelah pagi, CikYong dan suami pergi ke rumah bonda. Suami mengemas ruang hadapan rumah bonda sementara CikYong merumput dan menambah tanah baja ke pokok2 bunga bonda. Kira2 sebulan CikYong tidak menjenguk pepokok bunga bonda.

Di sebelah petang, CikYong ke perpustakaan awam di pekan untuk memulang dam meminjam buku. CikYong terlewat sehari untuk memulangkan buku menyebabkan CikYong perlu membayar denda lewat kepada perpustakaan.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-376.

Pejuang Lubnan melakukan serangan balas terhadap Israel. Pada masa yang sama, Israel masih meneruskan pengeboman terhadap Gaza. Kem Nuseirat di tengah Gaza telah di bom yang mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap orang awam. Israel telah mengarahkan perintah mengosoongkan empat hospital di utara Gaza.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...