Saturday, 29 July 2023

Laser mata (Photocoagulation)

 Semalam mata CikYong di’laser’. Dalam bahasa Inggeris dipanggil Laser Surgery. Dalam bahasa perubatan dinamakan Photocoagulation.

Bermula kisahnya, seminggu yang lalu, ketika CikYong berbasikal di kawasan bendang yang tak jauh pun dari rumah. Cuaca pagi tu, cerah dan baik-baik saja. Dalam CikYong tengah mengayuh dalam perjalanan balik ke rumah, sambil mata melihat permandangan sawah-sawah yang terbentang luas di hadapan CikYong, tiba-tiba CikYong terlihat pancaran cahaya kilat dari arah atas kanan pandangan CikYong. 

“Cuaca baik ni, tak kan ada kilat kut” detik hati CikYong.

Pada mulanya, CikYong abaikan saja. Tapi beberapa ketika kemudian, CikYong ternampak lagi kilat tersebut. Hati CikYong dah terasa tak sedap hati. Terfikir pulak CikYong, mungkin sebab penat kut. Kebetulan hari itu, CikYong dan suami mengayuh jauh sikit jaraknya daripada kebiasaan. CikYong pun cuba perlahankan sikit kayuhan. CikYong kayuh santai sahaja sehingga sampai ke rumah. Dalam perjalanan pulang tu, kejadian kilat tu terjadi lagi untuk beberapa kali.

Ketika di rumah, kilat tu tak kelihatan dah, pada pandangan CikYong ler. Namun bila CikYong berada di luar rumah, macam masa di dalam kereta, pancaran kilat itu akan kelihatan lagi, ianya berlaku secara rawak. Setiap kali ianya timbul, ianya akan berada di kedudukan yang sama, iaitu di sebelah atas kanan ruang pandangan CikYong. 

CikYong dah semakin risau. CikYong cuba gak tanya Mr Google dan chat ngan GPT. Apa yang CikYong jumpa, agak merisaukan. Dah beberapa hari, CikYong memikirkannya, CikYong ambik keputusan untuk wassap rakan sekolah CikYong, seorang doktor pakar mata. CikYong terangkan secara terperinci yang boleh pada dia. Maklumlah secara wassap jer, takut susah lak dia nak diagnose nya. Satu ayat dalam mesej dia yang buat CikYong semakin risau. “i urge u urgent seek eye doctor. It can be nothing but it can be sign of something sinister.”

CikYong dah tak tanya lanjut dah kat dia. CikYong macam dah dapat agak dah apa bendanya. Keesokan harinya, CikYong pergi ke klinik kesihatan di pekan. Doktor bagi CikYong surat refer ke klinik mata di hospital kerana katanya, di klinik kesihatan tak de alat untuk nak periksa bahagian retina mata. Kena pergi klinik mata. Oleh kerana, masa tu dah petang, klinik mata pun dah tutup, jadinya, CikYong kena pergi keesokan paginya.

Dalam pukul 9 pagi keesokkannya, suami CikYong tolong hantarkan ke klinik mata di hospital. Masuk saja ke dalam klinik, CikYong terus menuju ke meja di tepi pintu masuk. CikYong hulurkan surat rujukan doktor kepada petugas yang berada di situ. Setelah membaca surat tersebut, petugas bertanya pada CikYong samada nak jumpa doktor pada hari itu jugak atau nak datang hari lain.

“Kalau boleh hari ini jugak” ujar CikYong walaupun ketika itu CikYong lihat ruang menunggu di klinik itu memang penuh sehingga ada yang menunggu di luar klinik. CikYong bersedia jer untuk kena menunggu lama. Bak kata org putih “mentally prepared”.

Petugas arahkan CikYong untuk mendaftar dahulu di pejabat bersebelah, selepas itu, datang semula ke klinik itu dan letakkan surat rujukan dikaunter untuk mendapatkan nombor giliran. Tidak lama kemudian nombor CikYong dipanggil ke bilik 5. Di situ, CikYong perlu buat ujian penglihatan yang sama macam di kedai cermin mata. Kena baca huruf2 dari saiz besar sampai yg kecil-kecil tu. Petugas bertanyakan perihal penglihatan CikYong. CikYong terangkan mengenai kilat yang CikYong nampak. Respon dari petugas juga agak merisaukan.

“Orang yang pakai cermin mata, nampak flash light, ada kemungkinan retina tear”.

Petugas arahkan CikYong tunggu di depan bilik 3 dan tunggu nombor dipanggil. Masuk ke bilik 3, doktor bertanya perihal yang sama, dan CikYong terangkan lagi. Doktor masukkan ubat titik ke dalam dua-dua mata CikYong. Doktor tanya datang dengan apa. CikYong bagitau, suami hantar. Doktor bagitahu, ubat titik tu akan buatkan anak mata membesar, jadinya masa balik nanti, kena ada orang yang ambik, tak boleh drive sendiri. Lepas tu Doktor bagi fail dan arahkan CikYong pergi semula ke kaunter untuk daftar buka fail dan dapatkan nombor giliran yang baru. 

Sementara menunggu nombor dipanggil semula, pandangan CikYong terasa semakin kabur. Pada mulanya, sambil menunggu CikYong baca buku yamg memang CikYong dah ada bawa, maklumlah dah jangka akan lama menunggu. Tapi bila pandangan dah semakin kabur, CikYong terpaksalah tutup jer buku. Bila CikYong masuk semula ke dalam bilik doktor, doktor titikkan lagi ubat buis ke dalam mata. CikYong diarahkan diduduk di hadapan alat untuk doktor periksa mata (CikYong tak tau apa nama alat tu). Doktor pesan jangan takut dan bergerak masa doktor tengah periksa mata. Doktor nak lihat keadaan retina mata. Retina nie terletak di bahagian belakang dalam mata. Kali pertama doktor guna alat tersebut, satu cahaya amat terang menyuluh ke dalam mata. Memang teramat terang. CikYong boleh lagi bertahan walaupun mata kurang selesa dengan cahaya tu. CikYong kena buka kedua-dua mata dan pandang hadapan. 

Selesai doktor memeriksa mata CikYong, doktor arahkan CikYong untuk ikut doktor ke bilik doktor yang bersebelahan. Rupa-rupanya, doktor nak dapatkan kepastian, doktor rujuk pada doktor lain di bilik sebelah. Doktor ini pun buat perkara yang sama menggunakan alat serupa. Kali ini, CikYong diarah untuk mengubah-ubah pandangan dari kanan, ke kiri, ke atas, ke bawah, atas kanan, bawah kanan, atas kiri dan bawah kiri.

Selesai diperiksa oleh doktor yang kedua ni, CikYong ikut semula doktor yang pertama. Doktor suruh CikYong duduk di salah sebuah kerusi di tepi bilik doktor, sementara doktor pergi ke bilik lain yang terletak di hujung laluan ke bilik-bilik doktor. Beberapa minit kemudian, doktor datang semula ke CikYong dan maklumkan yang mata CikYong perlu di’laser’. 

Hasil dari pemeriksaan retina tersebut, doktor maklumkan yang ada lubang di retina. Jadinya, doktor akan laser di sekeliling lubang utk lekatkan retina ke soket mata. Ianya umpama nak ‘welding’, supaya air tak masuk melalui lubang tu. Kalau air masuk, air akan mengisi ruang antara retina dan soket. Bila banyak air yang masuk, air itu akan tolak retina menyebabkan retina tertanggal dari soket, maka mata boleh jadi tak nampak. Atau dalam makna lainnya buta. Begitulah yang CikYong faham dari penjelasan doktor.

“Kami perlukan tandatangan puan untuk nak buat laser ni” ujar doktor sambil mencapai sehelai borang dari rak dokumen di tepinya.

“Bila nak buat ni, doktor?” tanya CikYong.

Di masa itu CikYong masih lagi cuba menghadamkan maklumat yang baru didengari itu.

“Kami nal buat sekarang la”

“Sekarang, doktor!” terkejut sungguh CikYong.

Mungkin nampak sangat muka tak percaya CikYong, maka doktor menambah,

“Ini dah dikira kecemasan dah, memang kena buat sekarang. Macam apa yang diterang tadi, retina boleh tertanggal kalau air masuk ke bahagian belakang retina.” Doktor terangkan semula bagi CikYong memahami keadaan sebenar.

“Oh! Ok doktor”, CikYong pun turunkan tandatangan di borang tersebut. Doktor maklumkan juga yang laser akan dibuat untuk kedua-dua belah mata.

Kemudian CikYong diarahkan masuk ke bilik hujung. Doktor lain yang berada di bilik tersebut arahkan CikYong duduk di kerusi berhadapan dengan alat untuk pembedahan laser. Di ketika itu. CikYong tak ada idea bagaimana ianya akan dilakukan, maklumlah itulah kali pertama nak di’laser’ mata. CikYong ikut saja arahan dari doktor.

Doktor minta CikYong berikan kerjasama. Ikut arahan yang diberi. Sempat juga CikYong tanyakan berapa lama prosesnya. Doktor kata bergantung samada kedudukan lubang tu mudah dijumpai atau tak. Oh! Ok.. 

Masa tu memang rasa berdebar, tapi CikYong cuba tenangkan hati. CikYong ingat pada Allah, yakin semua ini adalah ketentuan Allah. Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan tenang. InsyaAllah, CikYong boleh lakukan.

Doktor mula dengan mata kanan CikYong. Doktor letakkan satu alat dimata kanan CikYong. Doktor arahkan mata melihat ke arah lampu merah yang di pancar di sisi alat laser tersebut, saiznya sebesar lampu LED begitu. Kemudian Doktor arahkan pandang ke arah bawah. Setelah doktor jumpa kawasan yang perlu di’laser’, kedengaran doktor seperti menekan sesuatu butang, satu kerlipan pancaran yang teramat terang kelihatan di mata kanan CikYong. Dalam hati, “Oh! Macam tu rupanya laser tu”. Doktor pancarkan laser pada kadar satu dalam beberapa saat. Mungkin dalam 40-50 kali. Setelah itu selesai mata kanan.

Kemudian doktor beralih ke mata kiri. Agak sukar jugak doktor nak jumpa lokasi lubang, ambik masa yang lama sikit. Akhirnya jumpa setelah doktor arahkan CikYong menghalakan mata ke arah atas. Selepas itu doktor mula me’laser’ di sekitar lubang itu. Tetapi kali ini, kadar laser nya lebih banyak, pancaran laser berterusan buat beberapa ketika, kemudian berhenti sekejap, dan diulang lagi. 

Setelah kesekian kalinya, CikYong dah rasa macam tak dapat nak tahan dah. Pancarannya yang teramat-amat terang dan berpanjangan. Mula terasa berbahang panas, berpeluh. Tempat pemegang dikiri kanan, rasanya tangan CikYong genggam sekuat-kuatnya, menahan sakit. Rasa nak pitam pun ada. Tapi otak masih lagi paksa pertahan, tak benarkan badan terutama kepala bergerak. Terasa cahaya laser tu sampai ke otak. Kepala dah sakit yang amat. CikYong masih cuba bertahan, bertanya dalam hati bila nak habis ni. Hanya Allah yang tahu. Akhirnya doktor berhenti, kelihatan doktor keletihan. Doktor tak kata apa-apa. Dalam kesakitan, CikYong nampak doktor kumpulkan alat-alat yang digunakan untuk letak di mata tadi, doktor bawa ke sinki untuk dibasuh. Doktor masih lagi tak berkata apa-apa. Doktor duduk semula di kerusi tadi, sambil membawa alat-alat yang dah dibersihkan.

CikYong pun keliru, tak pasti samada dah selesai ke atau doktor akan sambung semula. 

“Dah habis ke doktor” akhirnya CikYong tanyakan jugak pada doktor.

“Ya, dah selesai”

Lega CikYong memdengar jawapan doktor.

“Kepala saya sakit, doktor”

Doktor mengiyakan prosedur laser tu boleh buatkan sakit kepala. Doktor bagi ubat tahan sakit (2biji paracetamol)

Doktor terangkan bahagian mata kiri, lubangnya besar, itu yang perlu banyak di’laser’.

CikYong dibenarkan balik. CikYong perlu datang dua minggu lagi untuk temujanji dengan doktor.

Suatu pengalaman yang menguji ketahanan fizikal dan mental buat CikYong. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat CikYong. Setinggi-tinggi kesyukuran CikYong panjatkan ke hadrat Ilahi atas ujian ini. Kekaguman diatas kehebatan Allah mencipta makhlukNya dengan begitu halus dan terperinci. Lihat sahaja akan kejadian mata yang mempunyai retina yang merupakan saraf-saraf mata yang begitu halus tapi berkebolehan memberi penglihatan kepada manusia untuk menyaksikan kehebatan alam semesta yang pastinya ciptaan Allah jua. Alhamdulilah. Astargfirullahil azim… kami selalu lupa Ya Allah, akan segala nikmat yang Engkau limpahi.. ampuni lah kami, Ya Allah yang Maha Pengampun.



 

Saturday, 22 July 2023

Bantu anak buat homework

 Pada mulanya, tujuan CikYong belajar bahasa arab ialah untuk nak faham Al Quran. Iyelah, macam yang disarankan oleh asatizah (dari segi bahasa maksudnya ustaz-ustaz ye, iaitu menunjukkan ramai ustaz dan termasuk juga ustazah, bukan maksudnya ustazah saje), nak faham Al Quran kena la belajar bahasa arab, tak cukup baca terjemahan jer.

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun rupanya CikYong belajar bahasa arab nie. Nak kata dah pandai, jauh panggang daripada api. Masih lagi merangkak. Vocab pun ciput. Tapi usaha harus diteruskan. Perjalanan masih lagi jauh.

Hari tu, anak CikYong bagitau, dia tak dapat nak buat homework sebab dia tak tau nak buat macam mana. Nak kena mintak tolong kawan di sekolah untuk bantu.

“Sempat ke nak siapkan di sekolah?” tanya CikYong

“Tak tau la, itu pun kalau kawan tahu macam mana nak buat” jawab anak CikYong

“Mata pelajaran ape?”

“Bahasa arab”

“Kenapa tak tanya ibu jer? Kut ibu boleh tolong” ujar CikYong

Maka malam itu, CikYong pun tolong anak dengan kerja sekolahnya. Susah jugak latihannya, kena buat ayat. Alhamdulillah dengan ilmu asas yang CikYong belajar boleh la anak siapkan kerja rumahnya. Sebenarnya tak la semuanya CikYong tahu, CikYong guna jugak google translate dan beberapa wabsite yang biasa CikYong guna sebagai rujukan dalam memahami nahu dan sorof bahasa arab. Laman-laman web tu pun CikYong dapat dari rakan-rakan dan asatizah kelas bahasa arab tu.

Rupa-rupanya, disamping objektif utama didalam usaha nak memahami isi kandungan Al Quran, CikYong dapat juga hasil sampingan, ataupun boleh dikatakan sebagai bonus. Dapatlah CikYong bantu anak CikYong buat kerja rumahnya. Kalau sebelum nie, CikYong boleh jer bantu anak-anak dalam mata pelajaran lain seperti bahasa melayu, matematik, sains, tapi bila tiba bahasa arab, CikYong akan surrender. Alhamdulillah sekarang, dah ade kemajuan sikit, bahasa arab pun, CikYong dah boleh bantu dah. 

Sesungguhnya ilmu Allah itu terlampau luas. Terpulang pada kita untuk menimbanya tanpa ada rasa jemu. InsyaAllah semoga CikYong dapat istiqamah di dalam medan ilmu ini. Amin…




Friday, 21 July 2023

Kurang sihat yang menginsafkan

 Hari ini dah masuk dua hari CikYong kurang sihat. Sakit perut, tiap kali lepas makan, perut jadi kurang selesa. Cirit birit pun ye. Makan pun kena dikurangkan, tak mau membebankan perut. Masih boleh bertahan, itu yang tak pergi ke klinik. Ye, selagi boleh bertahan, dikuatkan jer diri CikYong menahannya. Tenaga pun terasa lemah sikit, mungkin sebab kurang makan.

Di masa-masa begini, mula bermacam-macam yang difikirkan. Di usia 5siri ni, bila kesihatan merosot, mula memikirkan ajal yang dah semakin hampir.

Mula memikirkan bagaimana pengakhiran hidup ini. Selamat ke tidak. Amalan memanglah teramat sedikit. Macam mana nak menghadapi alam yang seterusnya?

Di masa-masa begini, bila tiba waktu malam, masa nak tidur, memang doa banyak-banyak. Kalau-kalau dah tak terjaga keesokkan hari nanti. Kalau-kalau terjaga, dah berada di alam barzakh. Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kealpaan diri CikYong ini. Amin…

Wednesday, 19 July 2023

Belajar asas lukisan

 Semalam ketika membaca post dari seorang pelukis terkenal yang memang CikYong follow, CikYong ternampak pelukis tersebut ada membuat fb live pada hari sebelumnya. Pelukis tersebut ada membuat kelas melukis secara percuma di fb livenya. CikYong baru tahu pasal kelas online ni. Alhamdulillah, masih boleh tonton rakamannya. Tak dpt live pun tak pe.

Makanya, hari ini, CikYong nak mencuba melukis ikut panduan di dalam rakaman. Tengok tempoh videonya, lama jugak, dua jam lebih. Lukisannya adalah untuk pelukis pemula peringkat tadika, kata pelukis tersebut. CikYong bagi gelaran sifu jer la pada pelukis tu. 

Tema lukisannya lukis bulat, nak jadikan bentuk 3D, jadi bentuk bebola. Mudah juga nak ikut tunjuk ajar sifu, sebab beliau terangkan satu persatu. Tambahan pulak ianya rakaman, boleh la CikYong pause, rewind bila perlu. Biar dapat pastikan CikYong dapat buat kalau tak dapat sama pun, iras-iras macam yang sifu buat pun dah ok dah.

Jadinya, masa yang CikYong ambik, sudah pastinya lebih lama dari masa sifu melukis. Sifu pun lukis pelan-pelan, memang boleh la nak ikut. Maklumlah, macam yang sifu kata, kelas untuk tadika. 

Alhamdulillah siap juga akhirnya lukisan bebola CikYong. Cumanya, jadi ke tak, kena tanya sifu. CikYong dah upload kat ruang komen video tu. Harapnya, satu hari nanti, sifu akan ternampak lukisan yg CikYong upload dan sifu boleh bagi komen. InsyaAllah…



Monday, 17 July 2023

Janji untuk berjumpa

 Petang hujung minggu itu, anak baru teringat, dia ada berjanji nak jumpa kawan-kawan. Rupa-rupanya dia dan kawan-kawannya dah berjanji masa di sekolah hari sebelumnya. Mereka hendak pergi ke rumah salah seorang dari kawan-kawan. Janji nak berjumpa pukul 4:15ptg di gerai bakso yang terletak di taman perumahan kawannya. 

Kami terlewat sedikit keluar dari rumah. Sampai di taman perumahan tersebut, kereta kami berlegar-legar mencari gerai bakso yang dimaksudkan. Mengikut maklumat yang anak CikYong tahu, kedai bakso tu tak ada tertulis nama kedainya. cuma penduduk taman tersebut memanggil gerai itu gerai bakso saja. Emmm.. ok..

Kami jumpa ada satu gerai dihujung bahagian taman, tapinya, gerai tersebut tutup. Tiada kelihatan kelibat orang pun di gerai dan sekitarnya. Nak tanyapun tak ada orang. Menurut anak CikYong, maklumat yang dia ada hanyalah gerai bakso, tak tau alamat rumah, tak ada nombor telefon.

Kami ambil keputusan untuk berpusing-pusing di sekitar perumahan, kut boleh terjumpa sesiapa yang boleh ditanya.  Kami jumpa taman permainan, terdapat seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Mungkin kakak dan adiknya. CikYong suruh anak CikYong cuba tanyakan samada mereka kenal dengan kawannya. Malangnya, mereka tak kenal.

Suami CikYong cadangkan untuk balik saja. Tapi CikYong minta pusing sekali lagi, kut boleh terjumpa sesiapa yang lain. Kami berhenti di tepi gerai bakso. Kelihatan sebiji basikal di parking di tepi gerai, tapi tidak ada tuannya. Kami tunggu. Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang budak perempuan berjalan ke arah basikal tersebut. Segera CikYong suruh anak keluar dari kereta dan tanyakan pada budak perempuan tu. Rupa-rupanya rakan sekelas dengan anak CikYong. 

Akhirnya berjaya juga dapatkan alamat rumah kawannya. Tiba di rumah kawan, tiada sesiapa di luar rumah, tetapi pintu rumahnya terbuka. Di ketika anak baru keluar dari kereta, kelihatan kawan-kawannya keluar dari rumah. Oh! Rupa-rupanya kawan-kawannya telah pun tiba lebih awal. Mungkin mereka terlihat kereta kami yang berhenti di hadapan rumah, maka mereka keluar menjenguk.

Setiap perkara ada pertama kalinya. Ini merupakan kali pertama anak CikYong dan kawan-kawannya berjanji untuk bertemu. Mungkin di lain kali, mereka akan merancang dengan lebih baik lagi. Mungkin boleh berkongsi maklumat penting seperti alamat yang lebih tepat atau pun nombor telefon ibu bapa agar mudah untuk berhubung.

Harijadi anak saudara

 Tengahari itu, di rumah mak mertua CikYong, anak saudara kesayangan CikYong bagitau,

“Hari ni harijadi saya mak long”

Kebetulan tenghari itu, CikYong bercadang nak bawak anak-anak ke kedai stationery, anak nak beli buku sketch, sementara CikYong nk beli berus lukisan. Anak saudara CikYong pun nak ikut jugak.

“Nanti boleh la kita beli kek sambut birthday” CikYong berikan cadangan. Pada mulanya, CikYong ingat nak belanja makan di food court Lotus jer dan belikan dia sepotong kek, tapi bila mengenangkan, anak-anak saudara yang lain pun mesti nak makan kek jugak, jadinya lebih baik terus beli sebiji kek jer.

Tukar plan, makan tengahari dulu di rumah, lepas zohor baru keluar. Sampai di kedai stationery, CikYong tuju ke bahagian alatan melukis. Anak-anak yang lain, mereka pergi ke bahagian-bahagian lain sambil melihat-lihat, kut ada barang yang berkenan di hati. Di tengah-tengah CikYong memilih berus lukisan, anak saudara datang bertanya samada dia boleh beli chess set. Dia dah jumpa barang yang berkenan di hati la tu. Tapi dia ada rm20 jer.

“Boleh ke mak long tambah duit?”

“Berapa?”

“Kena tambah lagi rm20”, ujarnya

“Ok, boleh jer” CikYong setuju jer nak belanja dan merangkum sebagai hadiah harijadi untuk dia.

Masa nak ambil chess set tu, dia berbelah bagi samada nak ambik yg harga rm40 tu atau ambik yang lebih murah yang harganya rm8 saje. CikYong lihat yang murah tu, kecik saiznya. Mungkin dia rasa bersalah nak beli set yang lebih mahal tu. CikYong bantu dia untuk buat pilihan.

“Ambik jer yang besar tu. Yang kecik tu nanti senang hilang buah-buah chess nye”. Senang jer CikYong selesaikan ketakpastian nak memilih.

Selesai di kedai stationery, kami singgah di kedai kek. CikYong tanya kek ape yang dia nak. Kek coklat katanya. Pada mulanya kami pilih kek coklat hitam. Tetapi pelayan kedai mencadangkan satu lagi kek coklat yang lain. CikYong serahkan pada anak saudara untuk memilih dan buat keputusan untuk memilih yang mana satu. Dia pilih kek yang kedua. Alhamdulillah selesai beli kek.

Adakalanya, kita sebagai ibubapa perlu memberi peluang pada anak-anak untuk belajar membuat pilihan. Di kala pilihan sukar dibuat, barulah kita ibubapa datang membantu. Sebaiknya, kita nyatakan juga akan sebab pilihan tersebut dipilih. 

Saturday, 15 July 2023

Bawa anak ke kolam renang

 Pagi-pagi lagi CikYong dan keluarga dah keluar rumah, nak ke Ipoh. Nak pergi kolam renang di Pusat Akuatik. Kali ini seorang anak saudara CikYong pun ikut. Sampai di sana, anak-anak nak terus masuk kolam, tak nak singgah sarapan di gerai makan berhampiran pusat akuatik. Cukup makan nugget yang CikYong bawa dari rumah, sebagai alas perut. Nak cepat mandi kolam la tu.

CikYong dan suami mencari tempat duduk yang terlindung sedikit dari panahan cahaya matahari yang tepat. CikYong menunggu sambil memerhatikan anak-anak bermain di kolam yang paling dalam. Anak-anak CikYong lebih suka bermain-main air saja berbanding nak berenang. CikYong biarkan saja dulu anak2 bermain. 

Bila dah agak lama anak2 asyik berendam saja, CikYong suruh anak2 berenang buat 1 lap, hujung ke hujung kolam. Pada mulanya anak-anak agak keberatan, tetapi selepas CikYong setuju nak bagi imbuhan seperti yang mereka minta, barulah anak2 bersetuju nak buat. Si Abang dapatlah juga buat breaststroke 50m, separuh kolam patah balik. Janjinya, boleh beli game harganya rm10. Si Adik dapat mencuba freestyle 25m, walaupun pada mulanya nak cuba 50m, tapi dah tak larat. Janjinya, dapatlah dia beli pistol air di kiosk tepi kolam harganya rm10. Sementara itu, anak saudara pulak tak nak buat bila CikYong suruh. Nak buat macam mana, biarkan saja ler.

Begitulah mak ayah, nak dorong anak buat sesuatu kena berperingkat-peringkat. Tambahan pula, nak buat perkara yang anak kurang berminat nak buat. Ada masa perlu juga diiringi dengan imbuhan yang sesuai.

Friday, 14 July 2023

Bila anak dah rajin bersenam

 CikYong pun tak pasti apa yang mencetus anak sulung CikYong untuk mula berminat bersenam nie. CikYong pun tak pernah tanya kat dia. Sebelum-sebelum ni, susah betul CikYong nak suruh dia buat aktiviti fizikal. Susah nak suruh bangun dari kerusi yang mengadap laptop tu.

Sekarang ni, dia dah ade jadual sendiri waktu bersenam setiap hari. Setakat hari ini, rasanya, dia tak pernah miss lagi jadual bersenam. Masa dia mula-mula minat bersenam, dia mintak untuk belikan dumbell. CikYong layan jer, cuma CikYong izinkan untuk beli dumbell 2 kg saja, tak boleh lebih kg, untuk permulaan ni. Nanti takut mudarat pulak.

Mungkin juga, semua ini pengaruh dari youtube. Dia pun banyak tengok content pasal bodyweight exercise di youtube. Siap cari di internet, jenis-jenis otot dan exercise untuk setiap otot. Dia bersenam pun ikut trainer di dalam youtube. Sejak dia dah bersenam nie, dah mula nampak dah perubahan fizikalnya. Dari kurus kering sebelum nie, dah mula nampak berotot dah. Tiap hari, mesti dia tanya pada CikYong, ada perubahan tak badan dia, dah nampak tak six pack?

Bagi CikYong, perkembangan yang baik, haruslah kita ibubapa sokong saja. Dia pun dah mula makan ikut jadual, makan pun kuantiti dah banyak, berbanding dengan sebelum-sebelumnya. Tidur pun dah awal sikit. Jika sebelumnya, selalu terlajak masa untuk tidur disebabkan main game, sekarang ni, dia sendiri berhenti awal dari biasa. Sebabnya, tidur pun kena cukup, untuk dapatkan hasil senamannya berkesan.

Hari tu, dia check BMI, katanya beratnya tak cukup lagi 1kg utk dapatkan berat ideal. Jadinya, tengah bersemangat la tu nak tambahkan berat.

Apa-apa pun, CikYong berdoa agar anak CikYong dapat istiqamah dalam menjaga kesihatannya. Masih ada lagi perkara yang masih perlu diperbaiki. Salah satunya, kena ada sayur dalam diet pemakanannya, :)

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...