Saturday, 22 July 2023

Bantu anak buat homework

 Pada mulanya, tujuan CikYong belajar bahasa arab ialah untuk nak faham Al Quran. Iyelah, macam yang disarankan oleh asatizah (dari segi bahasa maksudnya ustaz-ustaz ye, iaitu menunjukkan ramai ustaz dan termasuk juga ustazah, bukan maksudnya ustazah saje), nak faham Al Quran kena la belajar bahasa arab, tak cukup baca terjemahan jer.

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun rupanya CikYong belajar bahasa arab nie. Nak kata dah pandai, jauh panggang daripada api. Masih lagi merangkak. Vocab pun ciput. Tapi usaha harus diteruskan. Perjalanan masih lagi jauh.

Hari tu, anak CikYong bagitau, dia tak dapat nak buat homework sebab dia tak tau nak buat macam mana. Nak kena mintak tolong kawan di sekolah untuk bantu.

“Sempat ke nak siapkan di sekolah?” tanya CikYong

“Tak tau la, itu pun kalau kawan tahu macam mana nak buat” jawab anak CikYong

“Mata pelajaran ape?”

“Bahasa arab”

“Kenapa tak tanya ibu jer? Kut ibu boleh tolong” ujar CikYong

Maka malam itu, CikYong pun tolong anak dengan kerja sekolahnya. Susah jugak latihannya, kena buat ayat. Alhamdulillah dengan ilmu asas yang CikYong belajar boleh la anak siapkan kerja rumahnya. Sebenarnya tak la semuanya CikYong tahu, CikYong guna jugak google translate dan beberapa wabsite yang biasa CikYong guna sebagai rujukan dalam memahami nahu dan sorof bahasa arab. Laman-laman web tu pun CikYong dapat dari rakan-rakan dan asatizah kelas bahasa arab tu.

Rupa-rupanya, disamping objektif utama didalam usaha nak memahami isi kandungan Al Quran, CikYong dapat juga hasil sampingan, ataupun boleh dikatakan sebagai bonus. Dapatlah CikYong bantu anak CikYong buat kerja rumahnya. Kalau sebelum nie, CikYong boleh jer bantu anak-anak dalam mata pelajaran lain seperti bahasa melayu, matematik, sains, tapi bila tiba bahasa arab, CikYong akan surrender. Alhamdulillah sekarang, dah ade kemajuan sikit, bahasa arab pun, CikYong dah boleh bantu dah. 

Sesungguhnya ilmu Allah itu terlampau luas. Terpulang pada kita untuk menimbanya tanpa ada rasa jemu. InsyaAllah semoga CikYong dapat istiqamah di dalam medan ilmu ini. Amin…




No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...