CikYong pun tak pasti apa yang mencetus anak sulung CikYong untuk mula berminat bersenam nie. CikYong pun tak pernah tanya kat dia. Sebelum-sebelum ni, susah betul CikYong nak suruh dia buat aktiviti fizikal. Susah nak suruh bangun dari kerusi yang mengadap laptop tu.
Sekarang ni, dia dah ade jadual sendiri waktu bersenam setiap hari. Setakat hari ini, rasanya, dia tak pernah miss lagi jadual bersenam. Masa dia mula-mula minat bersenam, dia mintak untuk belikan dumbell. CikYong layan jer, cuma CikYong izinkan untuk beli dumbell 2 kg saja, tak boleh lebih kg, untuk permulaan ni. Nanti takut mudarat pulak.
Mungkin juga, semua ini pengaruh dari youtube. Dia pun banyak tengok content pasal bodyweight exercise di youtube. Siap cari di internet, jenis-jenis otot dan exercise untuk setiap otot. Dia bersenam pun ikut trainer di dalam youtube. Sejak dia dah bersenam nie, dah mula nampak dah perubahan fizikalnya. Dari kurus kering sebelum nie, dah mula nampak berotot dah. Tiap hari, mesti dia tanya pada CikYong, ada perubahan tak badan dia, dah nampak tak six pack?
Bagi CikYong, perkembangan yang baik, haruslah kita ibubapa sokong saja. Dia pun dah mula makan ikut jadual, makan pun kuantiti dah banyak, berbanding dengan sebelum-sebelumnya. Tidur pun dah awal sikit. Jika sebelumnya, selalu terlajak masa untuk tidur disebabkan main game, sekarang ni, dia sendiri berhenti awal dari biasa. Sebabnya, tidur pun kena cukup, untuk dapatkan hasil senamannya berkesan.
Hari tu, dia check BMI, katanya beratnya tak cukup lagi 1kg utk dapatkan berat ideal. Jadinya, tengah bersemangat la tu nak tambahkan berat.
Apa-apa pun, CikYong berdoa agar anak CikYong dapat istiqamah dalam menjaga kesihatannya. Masih ada lagi perkara yang masih perlu diperbaiki. Salah satunya, kena ada sayur dalam diet pemakanannya, :)
No comments:
Post a Comment