CikYong menyiapkan roti jala untuk belal sekolah anak2 seawal pagi selepas solat Subuh. Oleh kerana pagi ini, suami CikYong perlu ke klinik untuk mengambil bekalan ubatnya, lalu CikYong mencadangkan agar kami berbasikal saja ke sana. Usai ubat diambil, CikYong dan suami ambil kesempatan untuk bersarapan saja di pekan. CikYong bersarapan capati sementara suami pula memilih roti canai. Sarapan untuk anak teruna CikYong, telah suami belikan terlebih dahulu sebelum kami keluar mengayuh.
Kelas bahasa arab CikYong secara dalam talian berjalan seperti biasa. Hari ini kami memasuki bab baru di bawah tajuk Kesihatan (الصحة). Sementara itu. beberapa program Qurantime dapat juga CikYong tonton, namun masih berbaki satu lagi siaran sebelum CikYong dapat kembali on track.
Harry ini anak teruna sulong menghadapi peperiksaan kertas Sains dan ASK. Menurut anak CikYong, ASK agak susah kerana adanya keluar soalan yang tidak belajar. Sementara anak teruna kedua CikYong pula, ada peperiksaan kertas Bahasa Melayu dan pendidikan muzik.
Hari ini merupakan hari ke-98 perang di Palestine. Perbicaraan Israel di ICJ Mahkamah Antarabangsa bermula hari ini. Pengeboman Israel keatas Gaza masih berterusan. CikYong tidak pernah putus berdoa untuk pembebasan Palestine dari cengkaman Israel dan Zionis dan sekutunya. Semoga Allah kurniakan ketabahan buat rakyat Palestine dan seluruh umat Islam semuanya. Hanya kepada Mu ya Allah yang maha Mengatur dan Maha Bijaksana.
Hafalan CikYong masih lagi terlalu perlahan. Masih di surah Jumuah, ayat 3-4. Masih lagi tidak lancar.
Dua hari lepas, CikYong telah mendaftar TH Khariat di dalam applikasi THijari. CikYong cuba dalam selamg dua hari, mengakses THijari untuk memeriksa status samada rayuan Haji telah dibuka. CikYong berhasrat untuk membuat rayuan mengerjakan haji pada tahun ini. Semoga CikYong direzekikan dijemput ke tanah suci, insyaAllah.
Lukisan CikYong hanya dapat dicalitkan sedikit warna sahaja hari ini. Tidak berkesempatan untuk progres yg banyak.
No comments:
Post a Comment