Bekal I
Jari CikYong menyentuh ikon WhatsApp di paparan telefon. Terus jari CikYong menguis-guis di paparan. Terlihat ada mesej baru di dalam group 'Tahun 4 Melur'. Mata CikYong segera membaca mesej yang terpapar.
"Oh! Ada ibu yang mengadu anaknya bergaduh dengan kawan sekelas." Getus hati CikYong.
Situasinya agak tegang. Si ibu mendakwa kawan anaknya itu kerapkali menjadi pencetusnya. Si Ibu begitu tertekan. Ruang diskusi ibubapa dan guru dijadikan tempat mengadu.
"Serius ni... " bisik hati CikYong lagi.
Di tengahari, setelah anak teruna bongsu CikYong pulang dari sekolah.
CikYong cuba melontarkan soalan secara santai.
" Macam mana sekolah hari ni?"
"Ok". Balas anak CikYong sambil menyuap nasi tengaharinya.
"Ada tak kawan kelas nama Merah? Dia ok ke?"
"Dia ok. Tapi semalam dia bergaduh teruk dengan Putih"
"Apa puncanya?"
"Tak tau la... Merah tu memang "baik sangat". Macam-macam hal dia buat kat dalam kelas"
Perkataan "baik sangat" sinonim kepada nakal. Memang CikYong yang suruh anak ubah begitu. Atas alasan yang tertentu.
"Adik rasa sebab apa dia buat macam tu?"
CikYong cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dari anaknya.
"Abang dia ada dalam kelas Pendidikan Khas. Pernah sekali tu, Merah cerita. Abang dia ambil duitnya. Duit tu sebenarnya, Merah nak bawak ke kelas utk beli pensel warna. Dia mengadu kat emak dia. Tapi emak dia hanya kata biarkan saja abang dia ambil. Merah tak puashati. Merah lepaskan geramnya di kelas. Mengamuk dia."
CikYong terdiam mendengar cerita anaknya.
Anaknya menambah.
"Adik rasa Merah tu kurang kasih sayang"
"Begitu mendalam permerhatian anak CikYong ni..."
Bisik hati Cik Yong.
Sebelah petangnya, anak CikYong bersiap-siap untuk ke sekolah agama. Seperti kebiasaan, CikYong menyediakan bekal untuk anak. CikYong memasukkan 4biji mufin ke dalam bekas makanan.
"Nanti masa rehat, bagi sebiji mufin ni pada Merah ye" ujar CikYong kepada anaknya.
"Baik ibu"
Begitulah pada hari-hari seterusnya. CikYong akan menyediakan lebih bekalan. Dan CikYong akan mengingatkan anak CikYong. Bagi satu pada Merah. Sehingga anak CikYong pun dah memahanimya. Tidak perlu hendak diingatkan lagi.
Walaupun usaha ini begitu kecil, CikYong berharap ianya menjadi pencetus. Pencetus kepada kebaikan yang lebih besar. Di masa akan datang.
Buat yang menerima, Merah. Agar dia mengetahui, masih ada orang yang sayang. Buat anak teruna CikYong. Agar kita sentiasa menjadi tangan yang membantu. Sedaya kita. Semampu kita.
Bekal II
Anak-anak CikYong memang setiap hari, akan membawa bekal ke sekolah. Mungkin alasannya, malas untuk beratur di kantin. Ambil masa lebih untuk pergi membeli. Dah ada bekal, boleh terus makan saja.
Begitu jugalah, bagi anak teruna sulong CikYong yang di sekolah menengah. Walaupun ramai saja rakan sebayanya, sudah ada rasa segan untuk membawa bekal. Pada dia, "Ok saja, tak da hal", ujarnya. CikYong pun begitu. Lebih gemar anak-anak makan makanan yang CikYong sediakan.
Untuk anak sulong CikYong, memang CikYong akan bawakan lebih bekal setiap hari. Bawa 3-4 bekas makanan, sudah umpama mangkuk tingkat. Selagi dia tidak keberatan untuk membawanya. CikYong memang berpesan. Suruh berkongsi dengan kawan-kawan.
Kata anak CikYong, disebabkan bekal, dia mendapat ramai kawan. Maklumlah, masa mula-mula masuk ke tingkatan satu di sekolahnya, dia tiada kawan. Ramai kawan-kawan sekolah rendahnya bersekolah di sekolah lain. Jadinya, disebabkan dia rajin berkongsi bekal, mudah bagi dia untuk mendapat kawan baru. Ada juga anak CikYong bercerita. Pernah kawannya, terlupa bawa duit belanja. Kawannya kata, "Tak pa lah, boleh makan bekal kau." Dengan senang hati, anak CikYong berkongsi. Alhamdullillah.
CikYong pernah terdengar suatu ceramah di radio IkimFm. Penceramah itu menekankan perihal duit belanja untuk anak-anak. Anak-anak berada di sekolah sekitar 7-8 jam. Bayangkan jika ada ibubapa yang terlupa memberi duit belanja. Kasihan anak-nak berlapar selama tempoh tersebut. Pastinya menggangu pembelanjarannya. Bagaimana nak fokus. Sedangkan perut berkeroncong. Diharap ibu ayah tidak meremehkan isu ini. Walaupun mungkin ia kelihatan isu kecil sahaja.
Ada juga cerita yang menceriakan. Suatu hari, balik dari sekolah. Anak sulong berkongsi cerita. Di sekolah, kawannya berkeadaan marah, disebabkan sesuatu hal berlaku. Tetapi bila anak CikYong bagitahu yang hari tu dia ada bawa bekal dorayaki. Kawannya senyum sambil berkata, "Terus hilang rasa marah". Kawannya ini, memang peminat dorayaki CikYong. Gembira rasa hati CikYong. Sekurang-kurangkan, pada hari itu CikYong dan anak telah menggembira satu hati.
p.s:
Pilihan menu bekal anak;
Bekas pertama (makanan berat): Nasi goreng, pulut kuning+kari telur, spagethi aglio olio, macaroni cheese, nasi putih+ayam goreng tepung+sayur, bihun goreng
Bekas kedua (makanan sampingan): Sandwich telur
Bekas ketiga (pencuci mulut): Buah, Kek cawan, mufin, brownies, tat telur, dorayaki(*favourite kawan2)

No comments:
Post a Comment