Wednesday, 31 July 2024

Hari ke-212 di tahun 2024

 Assalamualaikum…dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang maha Pemurah dan penyayang. Ampunilah kami dan rahmatilah kami.

Hari Selasa 30 Julai bersamaan 24 Muharram.

Pagi ini, suami keluar berjogging di padang di pekan bersama anak saudara. CikYong tidak ikut serta.

Hari ini CikYong menyambung lukisan bunga melur yang begitu lama untuk CikYong siapkan. CikYong menyambung bacaan buku perihal Rasuah di Malaysia.

Cuaca hari ini masih lagi panas tanpa hujan.

Anak teruna sulong tidak pergi ke latihan kawadnya. Anak teruna kedua masih ingin berbasikal ke sekolah petangnya walaupun cuaca sekarang ini begitu panas.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-297.

Rakyat Palestine terpaksa berpindah randah disebabkan tiada kawasan yang selamat akibat dari serangan peluru berpandu Israel. 















Tuesday, 30 July 2024

Hari ke 211 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang dirahmati dengan hujan pagi setelah hampir seminggu tiada hujan diturunkan.

Hari Isnin 29 Julai bersamaan 23 Muharram.

Pagi ini, suami keluar berbasikal dengan anak saudara. CikYong tidak turut serta kerana CikYong baru sahaja berbasikal semalam. 

CikYong bersarapan dengan nasi goreng sambil menunggu suami dan anak saudara pulang dari berbasikal. Mereka tiba agak lewat juga sehingga anak saudara mengadu kelaparan.

Suami dan anak saudara bersarapan dengan nasi lemak. Sementara CikYong pula telah bersarapan lebih awal iaitu sebelum mereka sampai ke rumah.

Di sebelah petang, anak teruna sulong keluar berbasikal bersama kawannya. Mereka berbasikal ke sekolah untuk mengambil bekas makanan kawannya yang tertinggal di sekolah semasa sesi persekolahan pagi tadi.

Hari ini CikYong ingin mencatatkan beberapa dapatan peribadi sebagaimana pemahaman CikYong daripada bacaan terhadap laporan Mahkamah Tinggi.

1. Di dalam pembelaan okt, jelas kelihatan okt tidak melibatkan nama rakan2 okt yang lain. Setiap okt hanya menyebut nama2 pelajar2 lain selain daripada yang senarai okt yang terlibat.

2. Secara konsisten, di setiap pembelaan okt, nama2 saksi di sebut berada di tempat kejadian dan cuba mengaitkan saksi2 sebagai rakan sejenayah.

3. Hanya seorang okt (okt3) yang ada menyebut seorang lagi okt (okt6) terlibat. Sebagai tindak balas, okt6 juga turut menyebut keterlibatan okt3 di dalam laporan pembelaannya.

4. Ianya seperti telah ada ‘mutual agreement di kalangan okt2 agar tidak membabitkan antara satu sama lain di dalam laporan pembelaan masing2.

5. Pada masa yang sama, memasukkan nama2 saksi dan sesiapa yang tidak terlibat di dalam laporan pembelaan okt2.

6. Okt2 secara konsisten menyalahkan mangsa (yang sudah pasti tidak dapat membela diri) sebagai yang bersalah kerana mencuri komputer riba.

7. Okt2 mempunyai pandangan dan persepsi bahawa mangsa berpura2 menjerit kesakitan, dan di katakan hanya berlakon apabila mangsa di seterika.

8. Di manakah logik akal okt2 semasa menyeretika mangsa?

9. Okt mengatakan seterika tersebut tidak panas ketika dikenakan kepada mangsa. Jikalah betul sangkaan okt, adakah okt berani untuk menekap seterika yang dikatakan tidak panas itu ke diri okt sendiri?

10. okt2 juga turut menyalahkan mangsa sendiri yang tidak mahu pergi mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan. Alasan yang diberikan mangsa tidak mahu dikenakan tindakan oleh UPNM. Okt2 masih lagi menyalahkan mangsa.

11. Okt2 cuba menukar justifikasi tindakan okt2 selepas kejadian. Dimana okt2 mengawal mangsa sepanjang masa selepas kejadian sehingga mangsa meninggal dunia. Okt2 menyembunyikan mangsa agar jenayah okt2 tidak diketahui. Namun okt2 menjustifikasi tindakan mereka itu adalah di atas dasar sayang kepada kawan, maka okt2 mengambil berat dan menjaga mangsa selepas kejadian.

12. Keadaan kesihatan mangsa yang semakin merosot dan tenat dinafikan oleh okt2. Okt2 menyatakan mangsa hanya cedera ringan, masih boleh lagi berjalan. Padahal di ketika mangsa di bawa ke klinik, mangsa tidak boleh berjalan.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-296.

Betapa rosaknya pemikiran Israel apabila ahli kabinet mereka berdebat samada rogol adalah dibenarkan atau tidak. 













Monday, 29 July 2024

Hari ke-210 di tahun 2024

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Ku mohon agar diberikan kefahaman agama dan panduan kehidupan yang sebenar. Semoga di lapang dada menerima pengajaran dan peringatan dari segala kejadian yang berlaku pada diri dan disekeliling. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari Ahad 28 Julai bersamaan 22 Muharram. 

Pagi ini, kami berempat, CikYong, suami dan anak2 berbasikal ke pekan untuk bersarapan pagi. Di dalam perjalanan ke pekan, reflector di hadapan basikal anak teruna kedua terjatuh. Kami berhenti sebentar untuk mengutip reflector tersebut dan mencari nat dan skrunya yang turut terjatuh. Hanya nat yang dijumpai, lalu kami meneruskan berkayuh ke pekan. Usai bersarapan, kami berkayuh pulang. Setiba di lokasi refector terjatuh, CikYong, suami dan anak teruna kedua berhenti lalu cuba mencari skru yang masih tidak dijumpai. 

Pada masa yang sama, anak teruna sulong yang berada lebih ke hadapan tidak menyedari bahawa kami yang lain telah berhenti. Beliau terus berkayuh pulang ke rumah. Setelah cuba mencari tetapi tidak juga berjumpa dengan skru tersebut, kami mengambil keputusan untuk meneruskan berkayuh dan pulang ke rumah. Setiba di rumah, anak teruna sulong tidak kelihatan di rumah dan di sekitar rumah. Terdapat helmetnya sahaja yang diletakkan di atas belakang kereta. Setelah hampir setengah jam, barulah anak teruna sulong tiba di rumah. Rupa2nya beliau keluar semula berkayuh nengikut arah jalan yang lain menuju ke tempat kami berhenti sebelumnya. Beliau juga tertanya2 mengapa kami tidak juga sampai ke rumah yang menyebabkan beliau keluar semula.

Di tengahari, CikYong dibantu oleh suami mencuba masakan ikan siakap tiga rasa. Kami memasak 2 ekor. Hasilnya rasa sosnya terlebih. 

Sebelah petang, CikYong berjaya menghabiskan bacaan laporan Mahkamah Tinggi kes Zulfarhan. Dapatan CikYong dari apa yang terjadi, ianya merupakn sesuatu yang perlu dirisaukn dan perlu di ambil tindakan serius oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang dari perkara yang sama terjadi lagi di masa akan datang.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-295.

Pasukan Israel di pulaukan di Kejohanan Olimpik.

Video kepala seorang bayi yang terpisah dari tubuhnya akibat dari bom yang dijatuhkan oleh Israel dikongsikan di media sosial. Tiada perkataan yang terucap. Setiap kali CikYong melihat insiden yang mengerikan, CikYong merasakan itulah perkara yang paling teruk pernah terjadi. Malangnya, selepas itu akan adanya perkara yang lebih teruk dari sebelumnya. Sehingga ke hari ini, kejadian ini terus menerus terjadi satu demi satu.









Sunday, 28 July 2024

Hari ke- 209 di tahun 2024

 Alhamdulillah masih direzekikan nafas yang masih boleh menghirup oksigen dan berdaya untuk bergerak dan melakukan apa yang patut.

Hari Sabtu 27 Julai bersamaan 21 Muharram. Anak teruna kedua menghadiri kelas tambahan di sekolah agamanya pada sebelah pagi.

CikYong menyambung lukisan bunga melur. CikYong juga mula membaca laporan perbicaraan Mahkamah Tinggi berkaitan kes Zulfarhan yang dibuli dan dibunuh oleh rakan2 di UPNM. Laporan yang bermukasurat 234 tersebut tidak dapat CikYong habiskan pada hari ini.

Di tengahari, CikYong mencuba masakan ayam masak ganja. Resepinya CikYong dapatkan dari adik ipar yang selalu memasaknya. Hasilnya agak kurang menjadi apabila ayamnya agak keras.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-294.












Hari ke-208 di tahun 2024

 Segala puji bagi Allah tuhan sekelin alam. Ku pohon keampunan di atas segala kesalahan yang lampau, sekarang dan yang akan datang, samada ianya ku sedari ataupun tidak. Luruskanlah hati2 hambaMu ini agar sentiasa berada di landasan yang benar. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari Jumaat yang penuh barokah. 26 Julai bersamaan 20 Muharram.

Hari ini merupakan hari sukan but anak teruna sulong. Pagi ini kami keluar awal dari rumah. Anak teruna kedua dihantar ke sekolah terlebih dahulu walaupun ianya agak terlebih awal dari kebiasaan. Disusuli pula menghantar anak teruna sulong ke mini stadium di mana hari sukan sekolahnya diadakan. Hari ini anak teruna sulong terlibat di dalam perarakan sukan mewakili rumah sukannya. 

Usai menghantar anak2 ke sekolah, suami singgah sebentar di padang di pekan. Beliau ingin berjalan sebentar sebagai senaman di awal pagi. Kami kemudiannya singgah ke pasar untuk mencari buah limau untuk dibuat jeruk limau. Nampaknya tiada rezeki hari ini, tiada limau yang sesuai ditemui.

Seterusnya suami singgah membeli sarapan. Kami hanya menbeli sarapan bungkus kerana kami ingin bersarapan di rumah bonda. Setiba di rumah bonda, kami berdu bersarapan, bonda tidak turut serta bersarapan kerana bonda baru sahaja selesai bersarapan sebelumnya. Usai bersarapan, CikYong dan suami mula membersihkan dan menyantuni pokok2 bunga bonda yang terletak di hadapan rumah. Di sebabkan kebelakangan ini, tiada hujan yang turun, pokok2 bunga bonda yang berada di dalam pasu, kesemuanya layu kekeringan. Disebabkan itu, suami mengajak CikYong untuk menyantuni pokok2 bunga tersebut, membuang rumput2 yang tumbuh liar di dalam pasu dan persekitarannya.

Usai berkebun, kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Di rumah, CikYong menyambung pula menyiram pepokok bunga CikYong di tepi rumah.

Anak2 pulang dari sekolah pada tengahari hari. Anak teruna sulong kelihatan begitu kecewa apabila kumpulan perarakan yang disertainya mendapat kedudukan terakhir. Begitu juga pasukan rumahnya mendapat no.3. Anak teruna kedua pula terlibat di dalam aktiviti mengemas stor sekolah petangnya. Menurut cerita anak teruna kedua, beliau dan rakan2nya yang lain terjumpa CikTi di stor tersebut. Dikatakan juga terdapat kencing cikti di stor tersebut.

Pada sebelah petang, CikYong membaca laporan jawapan Mahkamah Rayuan terhadap kes bunuh dan buli arwah Zulfarhan, bekas penuntut UPNM.


Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-293.

Perang masih lagi berterusan. Nethanyahu dikecam oleh aktivis2 pro Palestine ketika dia berada di Amerika.

Pengeboman sekolah UNRWA untuk kali yang entah ke berapa di lakukan lagi oleh Isreal. Kali ini di Deir al-Balah. Di katakan 37 rakyat Palestine terkorban di dalam serangan tersebut.










Friday, 26 July 2024

Hari ke-207 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang diberkati. Semoga sesuatu dapat dipelajari untuk menambah kebaikan dan menjauhkan keburukan.

Hari Khamis 25 Julai bersamaan 19 Muharram.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun buat anak teruna kedua CikYong. Kertas Bahasa Arab merupakan kertas terakhirnya. Sementara itu, anak teruna sulong tidak mempunyai latihan perarakan sukan pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, sebenarnya beliau masih ada latihan kawad KRS, namun beliau enggan menghadirinya. Selepas Asar, suami membawa anak teruna sulong ke kedai untuk membeli seluar track untuk dipakai ketika perarakan sukan esok.

Hari ini bekal anak2 ke sekolah merupakan roti jala dan sandwich telur.

Untuk sarapan pagi CikYong dan suami setelah selesai berbasikal pada sebelah pagi merupakan nasi goreng.

Telah beberapa hari hujan tidak turun. Alhamdulillah di tengahari, adanya hujan panas yang turun sebentar. 

Hari ini tiada kelas bahasa arab bersama ustazah. Ustazah telah maklumkan lebih awal bahawa ustazah mempunyai hal yang perlu diuruskan di sekolah anaknya.

CikYong berkesempatan mengikuti,l tafsir Surah Fussilat ayat25, mudarasah hadith ke-12 daripada hadith 40 An Nawawi, MyQurantime surah Al A’raf ayat 157. CikYong ikuti juga Bayyinah, huraian surah Al-A’raf ayat 140-180.

Pada sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga melur. CikYong juga menyambung bacaan buku yang berjudul ‘Jenayah Rasuah di Malaysia’.

CikYong menyambung latihan bahasa arab untuk pelajaran 18&19.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-292.

Serangan demi serangan masih dilakukan ke atas bymi Gaza dan Tebing Barat. Pada masa yg sama, penjenayah perang Nethanyahu menabur penipuan demi penipuan di Kongress Amerika. Sudah terang lagi bersuluh akan keterlibatan Amerika di dalam genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine. Sesungguhnya kehancuran Zionist dan sekutunya semakin jelas kelihatan. Semakin banyak masyarakat dunia telah mengecam tindakan Isreal dan sekutu2nya terutamanya Amerika diatas kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestine.














Thursday, 25 July 2024

Hari ke-206 di tahun 2024





Hari ke-291 perang di Palestine 🇵🇸.












 Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas kurniaan kasih sayang Nya terhadap hambaNya.

Hari Rabu 24 Julai bersamaan 18 Muharram.

Terlebih dahulu CikYong memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang. CikYong memohon keampunan diatas kelemahan dan kekhilafan diri di di dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Memohon keampunan di dalam serba kekurangan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak2 dan generasi yang akan datang. CikYong memohon agar CikYong, keluarga dan generasi anak cucu dan yang seterusnya dijauhkan dari ujian2 hawa nafsu yang memusnahkan diri dan masyarakat.

Hari ini CikYong berkongsikan kisah dari berita yang CikYong telah baca semalam di hampir semua media di negara ini. Keputusan Mahkamah Rayuan telah dikeluarkan semalam perihal kes dera sehingga mengorbankan seorang pelajar UPNM yang berlaku tujuh tahun yang lalu.

Hakim Mahkamah Rayuan telah sebulat suara bersetuju mengubah hukuman yang telah dijatuhkan sebelumnya dari penjara 18 tahun kepada hukuman mati di tali gantung terhadap enam orang bekas pelajar UPNM. Pada masa yang sama, hukuman penjara 3 tahun ditukar kepada 4 tahun terhadap 12 orang bekas pelajar UPNM.

Perkara pertama yang berlaku setelah keputusan rayuan tersebut dikeluarkan, rata2 semua yang mendengar berita ini, terus mengimbau semula kejadian yang berlaku tujuh tahun yang lalu. Jika ada yang telah terlupa akan kejadian tersebut, mereka mula mencari semula berita2 lama. Bagi yang mungkin ketika itu masih lagi tidak memahami akan apa yang terjadi, telah mula bertanya2 akan peristiwa tersebut. Jika sebelum ini, pesalah2 dan keluarga mereka mungkin sedang cuba menjalani kehidupan seperti biasa tanpa tekanan akibat dari kejadian tersebut, kini ianya berulang semula seolah2 kembali semula ke tujuh tahun yang lalu. Ianya bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh mereka. Rentetan ujian dari kejadian tersebut tetap menghantui pesalah dan keluarga sehingga ke hari ini. Sesuatu yang boelh difikirkan bagaimana perancangan Allah tiada siapa yang boleh menghalangnya.

CikYong cuba menyelami detik2 perlakuan penderaan tersebut. Bagaimana kejadian itu terjadi?  CikYong juga memikirkan mengapa anak2 muda ini boleh melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima oleh hati yang mempunyai sekelumit rasa kemanusiaan. Dimana hilangnya rasa hati mereka ketika melakukannya. Melihat rakan sendiri yang di dalam kesakitan akibat dari perbuatan tangan2 mereka sendiri. Mengapa mereka tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama sahabat?

CikYong mengikuti dengan dekat perbicaraan kes ini untuk memahami setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh pesalah2 muda ini. CikYong cuba merungkai sebab musabab akan boleh terjadinya perlakuan yang begitu kejam yang dilakukan secara berkelompok. Pelbagai pertanyaan yang timbul di benak hati CikYong. Dari pemerhatian CikYong, budaya buli ini telah meresap masuk ke dalam jiwa anak2 muda ini secara sedar atau pun tidak. Mungkin tidak keterlaluan untuk CikYong nyatakan bahawa budaya buli ini bukan sahaja telah dinormalisasikan oleh hanya pesalah2 tersebut malah oleh ke semua penuntut UPNM di ketika itu. Adakah sesuatu yang normal apabila melihat sekumpulan pembuli sedang mendera seorang mangsa buli, seseorang itu boleh sahaja melihat dan beredar begitu sahaja? Tidak ada rasa untuk menghalang dan membantu mangsa?

 Boleh pula seorang pelaku tersebut masuk ke bilik kejadian, disuruh menekap seterika panas kepada mangsa, beliau mencapai seterika yang dihulurkan, dan terus melakukannya sebelum beliau beredar untuk mengerjakan solat subuh? Di mana hati dan akalnya diketika itu? Mengapa tiada perkaitan diantara tindakannya itu dengan mematuhi perintah Allah selain daripada solat adalah dilarang untuk menyeksa sesama manusia? Dimana hubungkait diantara keduanya? Perintah mengerjakan kebaikan seperti solat dan juga melarang melakukan kejahatan seperti membuli. Mengapa solat tidak dapat menghidarinya daripada kejahatan. Dimanakah roh solatnya? Adakah solat hanyalah ritual semata?

Tindakan mengambil undang2 sendiri dan mengenepikan undang2 yang sedia ada merupakan corak pemikiran yang perlu diperbetulkan. Sebagai bakal tentera yang akan menjaga keamanan negara, semestinya mereka tidak boleh mengenepikan undang2 negara. Tindakan para pesalah yang mengambil cara sendiri menyelesaikan sesuatu permasalahan adalah salah. Para penuntut perlu dipantau dan dibimbing oleh para pendidik agar mereka memahami bahawa tiada siapa patut yang berada di atas undang2 dunia ini.

Mengapa kurang pemantauan dan campur tangan pihak pentadbiran UPNM di dalam memastikan anak2 pewaris teraju negara ini memahami hakikat yang betul untuk menjadi insan yang berhati naluri yang suci dan bersih. Setelah tujuh tahun berlalu, diharapkan pihak pentadbiran UPNM telah melakukan penambahbaikan dari segi pendidikan agama dan pengisian hati yang seiring dengan agama. Normalisasi buli di dalam pemikiran anak2 muda ini perlu diperbetulkan jika kita betul2 ikhlas melahirkan para parajurit yang bukan sahaja mempunyai daya mental dan fizikal yang kuat. Asas kepada mental dan fizikal mestilah bertunjangkan pegangan agama yang kukuh. Kesungguhan menepati segala perintah Allah merupakan jalan yang harus diikuti untuk menjamin kesejahteraan diri, keluarga masyarakat dan negara. Sebagai muslim, kepercayaan dan keimanan terhadap hari akhirat akan mengikat seseorang untuk bertindak secara seorang yang berakal waras dan tidak mengikut hawa nafsu.

CikYong berharap setiap kita mengambil iktibar yang besar di atas kejadian tersebut. Jangan sekali2 kita mengambil mudah atau menganggap kejadian tersebut berlaku terhadap orang lain dan tidak akan berlaku kepada kita. Sepatutnya setiap kita haruslah memohon keampunan Allah dan juga memohon agar kita tidak diuji dengan ujian sebesar ini.


Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...