Saturday, 31 August 2024

Hari ke-243 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang indah.

Hari Jumaat 30 Ogos bersamaan 24 Safar.

Di sebelah pagi, seperti hari2 Jumaat yang sebelumnya, CikYong dan suami pergi ke rumah bonda. Pagi ini, CikYong menyantuni pokok2 bunga bonda yang telah mula mengeluarkan daun2 dan pucuk2 baru. Ada juga pokok bunga kertas yang telah mengeluarkan bunganya. Suami pula mengemas di ruang hadapan rumah.

Usai mengemas dan berkebun, suami mengambil anak teruna sulong dari sekolah. Hari ini merupakan hari perjumpaan ibubapa bersama guru kelas untuk mengambil keputusan anak2.

Setiba di rumah, CikYong terus masuk ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengahari. 

Di sekolah pagi dan petang bagi anak teruna kedua pula mengadakan aktiviti bersempena hari kemerdekaan.

Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga di pergunungan. Masih banyak lagi yang perlu diwarnakan semula.

Seleps Asar, suami dan anak teruna sulong mengait buah rambutan di laman rumah. Masih ada lagi rambutan yang masak di pokok. Kali pertama anak teruna sulong mencuba memanjat pokok. Anak CikYong ini menyatakan rasa gayat ketika memanjat pokok rambutan tersebut.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-329.

Penentangan para pejuang di Tebing Barat semakin hebat setelah Israel berterusan menyerang terutamanya di kem Jenin.









Hari ke-242 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang indah.

Hari Khamis 29 Ogos bersamaan 23 Safar.

Hari ini CikYong meneruskan kehidupan seperti biasa. Kelas bahasa arab bersama ustazah, CikYong ikuti. Pengajian tafsir di Ikim.fm dan mudarasah hadith ke-14 di youtube, CikYong ikuti juga. CikYong ikuti juga rakaman kuliah kisah sahabat Saidina Abu Bakar r.a. Perkongsian penceramah perihal menginginkan syurga yang tinggi agar dapat bersama dengan para anbia’, para sahabah, syuhadah. Kesungguhan berdoa dan memohon ditunjukkan jalan dan kekuatan agar dikurniakan kematian sebagai syuhada’ perlu dilakukan oleh sesiapa yang menginginkan syurga tertinggi.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Untuk tengahari, CikYong hanya menggoreng ayam goreng tepung. Gulai lemak cili padi yang masih berbaki di dalam peti sejuk, CikYong panaskan. Begitu juga dengan sayur kobis tumis.

Hari ini CikYong menghantar snapshot gambar lukisan cawan dan pasu bunga kepada guru lukisan CikYong. CikYong meminta cikgu lukisan untuk memberikan sebarang cadangan untuk penambahbaikan. Cikgu lukisan membalas dengan beberapa cadangan untuk CikYong baiki lukisan tersebut.

Di sebelah petang, anak teruna sulong keluar bermain badminton bersama kawan2nya di rumah salah seorang kawannya.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-328.

Gambar dan video memaparkan kanak2 yang terkorban dan cedera di Palestine akibat serangan demi serangan yang dilakukan oleh senjata dan bon yang dihantar oleh U.S. kepada Israel. Ya Allah hanya kepadaMu kami bergantung dan memohon pertolongan. Gesaan demi gesaan dari pemimpin dan para pejuang Palestine terhadap umat Islam di seluruh dunia agar melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman Israel dan Zionist terhadap saudara seIslam di bumi Palestine. Malangnya umat Islam di zaman ini begitu lemah walaupun bilangannya ramai.









Hari ke-241 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah.

Hari Rabu 28 Ogos bersamaan 22 Safar.

Hari ini CikYong menemankan anak saudara yang menyertai rombongan sekolah tadikanya ke PetroSains di ibukota. Selepas solat subuh, suami menghantar CikYong ke tempat berkumpul sebelum rombongan bertolak iaitu di sekolah tadika anak saudara.

Bas bergerak setelah semua peserta rombongan hadir yang terdiri daripada pelajar2 tadika bersama penjaga masing2 dan juga guru2 tadika. Terdapat dua bas yang disewa khas untuk rombongan tersebut. Terdapat dua buah tadika yang menyertai rombongan.

Setibanya di destinasi, rombongan bergambar beramai2 di hadapan bangunan klcc. Usai bergambar, rombongan bergerak menuju destinasi pertama iaitu Petrosains. Anak2 tadika begitu teruja melihat pelbagai permainan sains yang disediakan di Petrosains. Puaslah juga CikYong mengikut anak saudara dan kawannya berjalan ke sana sini di perbagai bahagian di dalam Petrosains tersebut. Setelah hampir dua jam bermain di dalamnya, guru tadika yang bertindak sebagai ketua rombongan mula mengarahkan semua peserta rombongan berkumpul semula.

Kami semua menaiki semula bas untuk ke destinasi kedua. Oleh kerana bas tersilap jalan, perjalanan kami mengambil masa yang agak panjang. Kami singgah dahulu di surau diri Jumaat yang berdekatan dengan destinasi kedua. Di surau tersebut, kami menjamu selera terlebih dahulu. Juadah yang disediakan oleh guru2 dan juga yang dibawa oleh ibubapa dan penjaga begitu banyak sekali. Pelbagai menu dikongsikan makan bersama.

Usai mengisi perut, ada yang terus mandi, bertukar pakaian dan juga solat. Ada juga yang terus ke destinasi kedua iaitu muzium coklat. Kami hanya perlu berjalan kaki sahaja dari surau ke muzuim coklat. Selain dari melihat sejarah coklat, kami sibuk pula membeli belah di kedai coklat yang terletak di muzium tersebut.

Kami kemudiannya singgah semula ke surau. Kami berehat sambil menunggu mana2 peserta rombongan yang lain mengulang makan makanan yang masih banyak lagi berbaki. Ada juga yang menggunakan masa tersebut untuk mandi dan bertukar pakaian.

Setelah semua urusan di surau selesai, kami semua menaiki semula bas untuk ke destinasi ke tiga. Setibanya di destinasi ketiga, kami semua turun untuk bergambar di hadapan Farm Fresh Farm. Pada asalnya, kami hanya akan bergambar di hadapan pintu masuk ke farm tersebut. Kami telah dimaklumkan bahawa disebabkan di masa kami tiba di situ, ianya telah melewati waktu operasi farm. Namun di atas budi bicara dan kemurahan hati pegawai yang bwrtigas di farm tersebut, kami dibenarkan untuk masuk dan melihat farm tersebut. Kami diberikan masa selama setengah jam untuk bersiar2 di persekitaran farm dengan tanpa perlu menbayar tiket masuk. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan pihak pengurusan farm. Anak2 begitu teruna melihat pelbagai haiwan di mini zoo yang terdapat di dalam farm tersebut. 

Usai tempoh masa yang diberikan, kami mula beredar dan menaiki bas. Bas mula bergerak meninggalkan ibukota. Di dalam perjalanan, bas berhenti di R&R untuk kami bersolat dan makan malam. Di dalam perjalanan pulang, suara riuh rendah anak2 bersembang dan bermain mula berkurangan sedikit demi sedikit apabila ada yang telah mengantuk dan tidur. Setelah kepenatan seharian berjalan, anak2 tidur dengan nyenyaknya diulit kedinginan pendingin hawa bas. diKami tiba semula di pekan kecil kami pada lewat malam. Begitulah satu pengalaman manis tercipta buat setiap anak2 tadika yang pasti dikenang selagi ianya dapat diingati.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-327.

Kini Israel beralih arah ke Tebing Barat. Pada masa yang sama, serangan di Gaza tiada berkurangan. Israel tetap mendapat bantuan senjata dari Amerika. Sementara Palestine dibiarkan keseorangan mempertahankan bumi Palestine tanpa bantuan dari mana2 negara yang berani membantu secara terang2an kecuali Lebenon dan Yaman.










Friday, 30 August 2024

Hari ke-240 di tahun 2024

Alhamdulillah masih lagi direzekikan bernafas di hari yang diberkati. Semoga sisa2 umur yang dipinjamkan ini dapat dimanfaatkan sebaik2nya. InsyaAllah.

Hari Selasa 27 Ogos bersamaan 21 Safar.

Pagi ini CikYong menemani anak teruna kedua CikYong ke temujanji doktor di hospital di daerah tempat tinggal ini. Anak teruna kedua CikYong mempunyai temujanji dengan doktor pakar di klinik ENT. Setelah kira2 setengah jam kami berada di klinik ENT, doktor memaklumkan bahawa doktor perlu pergi ilik bedah. Oleh kerana itu, doktor tidak dapat memeriksa anak CikYong. Doktor hanya dapat memberi temujanji baru dan memberi perskripsi ubat yang perlu disambung lagi.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-326.















Tuesday, 27 August 2024

Hari ke-239 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi Isnin yang indah.

Hari Isnin 26 Ogos bersamaan 20 Safar.

Pagi ini bonda dan adik ipar datang bersarapan di rumah CikYong. Tiada apa yang CikYong sediakan, hanya ada nasi lemak berbaki daripada bekal anak2 ke sekolah. Adik ipar telah siap membeli sarapan yang dibawanya ketika datang ke rumah CikYong. Kami bersarapan bersama2. Usai bersarapan, adik ipar dan bonda singgah di rumah mak saudara yang terletak selang empat rumah dari rumah CikYong untuk bersua dan bertanya khabar. Sebelum pulang, suami sempat mengait rambutan untuk diberikan kepada bonda dan adik ipar.

Hari ini CikYong menghantar tiga buah lukisan bunga CikYong ke galeri lukisan di perpustakaan. Alhamdulillah guru lukisan CikYong merangkap perpustakawan di perpustakaan awam di tempat CikYong sudi meletakkan lukisan CikYong di galeri tersebut.

Cuaca di sebelah hujan. Alhamdulillah di ketika anak teruna kedua pulang dari sekolah, hujan telah pun reda. Suami dan anak teruna sulong bermain badminton di laman untuk sekadar mengeluarkan peluh. Cimb pula menyambung lukisan cawan dan pasu bunga.

Bekalan elektrik di rumah CikYong dan di sekitar kampung terputus di waktu lewat petang. Alhamdulillah sebelum waktu Maghrib, bekalan elektrik telah kembali ada seperti sedia kala. 

Hari ke-325 perang di Palestine 🇵🇸.

Di hari ke-325, para pejuang tetap teguh mempertahankan bumi Palestine.




















Monday, 26 August 2024

Hari ke-238 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari Ahad yang diberkati. Semoga apa sahaja urusan hari ini berjalan lancar dan dimanfaatkan.

Hari Ahad 25 Ogos bersamaan 19 Safar.

Pada sebelah pagi, CikYong bersama dengan anak2 menghadiri kelas lukisan mingguan kami. Hari ini anak2 melukis bendera Malaysia dan melukis gambar tangan yang diwarnakan gambar bendera di atasnya. CikYong pula melukis gambar bunga di pergunungan. Seperti biasa, lukisan ini perlu CikYong bawa pulang untuk disiapkan di rumah.

Alhamdullillah rambutan yang diposkan kepada adik CikYong telah selamat tiba di rumah adik CikYong.

Pada sebelah petang selepas waktu Asar, berlaku kemalangan di hadapan rumah CikYong. Rumah CikYong yang berada di tepi jalan yang sibuk, dipisahkan oleh parit kecil diantara rumah dan jalanraya. Ketika terdengar bunyi dentuman yang kuat, dimasa itu CikYong sedang bersolat Asat. Usai solat, CikYong terus ke hadapan rumah untuk melihat apa yang berlaku. Sebuah kereta telah terbabas melintas lorong disebelahnya menuju ke parit di hadapan rumah CikYong. Kemungkinan pemandu telah menarik stering kereta ke arah berlawanan apabila menyedari beliau telah terbabas. Kereta dapat mengelak dari memasuki parit, namun kereta terlanggar tiang telefon/internet si tepi jalan dan kereta terberhenti di antara tiang dan sebatang pokok kelapa yang berada bersebelahan tiang tersebut. 

Pintu pemandu kemek dan terhadang oleh batang pokok kelapa. Bahagian hadapan kereta remuk tersangkut di tiang telefon. Tiang tersebut telah patah tetapi masih lagi tegak dan tidak tumbang. Dari dalam kereta, keluar pemandu seorang ibu bersama tiga orang anaknya yang masih lagi kecil anggaran umur di dalam lingkungan 6-12 tahun. Anak2 ibu tersebut menangis disebabkan sakit dan terkejut. Anak perempuannya yang merupakan paling tua di antara tiga orang anak tersebut, menangis sambil mengadu kesakitan di kepalanya. Sementara seorang lagi adik lelakinya, kelihatan berdarah di bibirnya. Ibu dan seorang lagi anaknya kelihatan tidak cedera. Tidak lama kemudian, sebuah kereta tiba, yang merupakan saudara mara kepada mangsa, membawa mangsa 4 beranak rersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kereta tersebut dibiarkan dahulu di tempat kejadian.

Hari ke 324 perang di Palestine 🇵🇸.

Kebenaran pasti akan menang. Kejahatan akan di hancurkan. Bumi Palestine pasti akan merdeka. Kerajaan negara haram Israel pasti akan berkubur. InsyaAllah. 











Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...