Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw pesuruh Allah yang mulia lagi disayangi.
Hari Rabu 14 Ogos bersamaan 9 Safar 1446H.
Anak2 ke sekolah seperti biasa.
CikYong mengikuti kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah.
Usai kelas, CikYong membantu suami mengait rambutan yang telah masak di laman rumah. Sempat juga mengagihkannya kepada jiran sebelah dan jiran belakang.
Pengajian tafsir ayat ke-32 surah Fussilat, pengajian hadith ke-14 berkaitan hukuman qisas dan diyat dan juga MyQurantime surah Al-A’raf ayat 196-200. Ayat 199 merupakan ayat yang lengkap menberi panduan bagaimana untuk berinteraksi sesama manusia.
Di tengahari, CikYong hanya mentanak nasi, menggoreng separuh lagi ikan siakap dan memanaskan gulai lemak cili padi yang berbaki dari semalam.
CikYong menyiapkan lukisan bunga melur. Akhirnya siaplah juga seadanya setelah sekian lama menekuninya. Selepas ini CikYong bolehlah dengan lukisan yang lain pula.
CikYong juga telah menghabiskan bacaan buku ‘Aku. Acheh dan Tsunami’. Satu perkongsian pengalaman yang begitu hebat oleh seorang ketua operasi bencana dari NGO Mercy. Pengurusan yang berstruktur oleh anggota2 ngo dari pelbagai kepakaran menjadikan projek bangkit semula penduduk Acheh berjaya dilaksanakan.
Hari ke-313 perang di Palestine 🇵🇸.
Kesengsaraan rakyat Palestine di dalam menjalani kehidupan di dalam kemelut genocide yang dilakukan oleh pengganas Israel semakin meruncing.





No comments:
Post a Comment