Alhamdulillah untuk hari yang hadir tanpa gagal. Begitulah makhluk Allah yang teguh menurut perintah Allah yang Maha Berkuasa. Hanya manusia yang berani untuk ingkar terhadap perintah PenciptaNya. Subhanallah!
Hari Sabtu 10 Ogos bersamaan 5 Safar.
Anak teruna kedua menghadiri kelas tambahan di sekolah agamanya setelah selesai bersarapan. Suami belikan sarapan nasi lemak dan bihun goreng.
Anak teruna sulong mula selsema namun demamnya telah hilang. Beliau memgambil ubat selsema selepas makan tengahari.
CikYong cuba memasak tom yam udang untuk juadah makan tengahari. CikYong menggunakan pes segera tom yam yang telah diberikan oleh sepupu suami sebelum ini.
Pagi ini CikYong menyiapkan latihan kelas bahasa arab. Usai latihan selesai, CikYong menyambung pula lukisan rumah bersalji. CikYong menyiapkan lukisan rumah bersalji ini kerana esok CikYong akan tunjukkan kepada cikgu lukisan CikYong untuk sebarang menambahbaikan. Lukisan bunga melur jawa akan CikYong sambung pada hari yang lain.
Di sebelah petang, hujan turun membasahi bumi membawa keberkatan kepada kehidupan ini.
Hari ke-308 perang di Palestine 🇵🇸.
Israel telah menjatuhkan tiga biji bom ke atas sekolah Al Tabiin di bandar Gaza, utara Gaza. Sekolah tersebut merupakan tempat perlindungan sementara penduduk Gaza yang kehilangan rumah disebabkan telah dimusnahkan oleh Israel. Dikatakan lebih 100 orang telah syahid dan berpuluh2 cedera.
Ya Allah, hambaMu ingin merasa buntu tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantu menghentikan penderitaan rakyat Palestine. Terasa diri begitu lemahnya iman, tiada kekuatan untuk melawan kekejaman pihak yang menindas. Ya Allah ampunilah hambaMu ini diatas segala kesalahan dan kesilapan. Ya Allah kami memohon taufiq dan hidayahMu untuk kami menemui jalan jihad diatas agamaMu.





No comments:
Post a Comment