Tuesday, 13 August 2024

Hari ke-225 di tahun 2024

 Alhamdulillah bertambah sehari lagi usia, sehari lebih dekat menemui Maha Pencipta. Di pohonkan di saat menemuiNya, dipenuhi dengan keredhaan yang melimpah ruah. Semoga perjalanan kehidupan ini menuju ke arah tujuan yang satu. Tidak di pesongkan dengan lalaian dan kealpaan hiasan dunia.

Hari Isnin 12 Ogos bersamaan 7 Safar.

Anak2 menghadiri pembelajaran di sekolah seperti biasa.

CikYong menyediakan bekal nasi lemak dan sandwich telur untuk anak2 bawa ke sekolah. CikYong juga menyediakan bekal sekolah petang anak teruna kedua. Kali ini CikYong memasak kek congo bar. 

Pengajian tafsir surah Fussilat, musarasah hadith ke-14 daripada Hadith 40 An Nawawi, tadabbur Surah Al A’raf ayat 190-183. Alhamdullillah CikYong diberikan kesempatan mengikutinya.

Hidangan ringkas menu makan tengahari hari ini. CikYong hanya menggoreng setengah ekor ikan siakap. Nasi ditanak dan tom yam yang masih berbaki di dalam peti sejuk, CikYong panaskan.

CikYong menyambung lukisan bunga melur. CikYong fokus untuk menjelaskan lagi bentuk2 kelopak bunga. Warna kelopak agak berbeza dari yang gambar sebenar. CikYong perlu membaikinya di hari yang lain pula.

Hari ke-310 perang di Palestine 🇵🇸.

Para pejuang Palestine tetap teguh memberikan tentangan terhadap tentera Israel. Video2 serangan terhadap infantri tentera Israel di kongsikan di media sosial yang bukan sahaja merosakkan infantri tentera Israel malah turut mengorban dan mencederakan tentera Israel.

Semoga Allah kurniakan kekuatan buat para pejuang yang mempertahankan agama dan tanah Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...