Alhamdulillah setinggi2 pujian kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Ku mohon dikurniakan kefahaman terhadap agama Islam dan diberikan taufiq untuk mengamalkannya.
Hari Rabu 31 Julai bersamaan 25 Muharram.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Sepanjang minggu ini anak teruna sulong mempunyai perkampungan ilmu. Ianya bermakna guru2 mempunyai tugasan lain dan tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Murid2 akan belajar sesama sendiri. Anak teruna kedua pula mempunyai aktiviti ko-ko, makanya beliau akan pulang lewat dari biasa.
Pagi ini, di ketika suami pulang dari menghantar anak2 ke sekolah, suami singgah membeli sarapan, kereta tidak boleh dihidupkan. Suami terpaksa berjalan pulang ke rumah dan meninggalkan kereta di hadapan gerai nasi lemak. Setelah bengkel dibuka, suami pun menelefon mekanik untuk menggantikan bateri kereta. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.
Pagi ini CikYong mengikuti tafsir surah Fussilat ayat 27, mudarasah hadith ke-12 dari kitab al-Wafi. Kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa.
Di tengahari, CikYong mendengar MyQurantime sambil memasak juadah makan tengahari. Tadabbur hari ini merujuk kepada surah Al-A’raf ayat 164-166. Juadah yang dimasak adalah ayam masak merah dan bendi rebus sahaja.
Pada sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga melur.
Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-298.
Hari yang teramat sedih. Pemergian pemimpin Hamas Al Syahid Ismail Haniyeh. Tiada perkataan yang terucap.











No comments:
Post a Comment