Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt diatas kesempatan nenghirup udara di dunia ini.
Hari Khamis 8 Ogos bersamaan 3 Safar.
Hari ini diteruskan menyelusuri liku2 kehidupan yang telah disediakan. Kehidupan dari kecil sehingga dewasa. Bagi yang dikurniakan umur yang panjang sehingga ke hari tua, segala keupayaan mula di tarik satu demi satu. Sebagai peringatan buat semua manusia bahawa kekuatan yang ada, kebijaksanaan yang ada, kekayaan yang ada, kecantikan yang ada, semuanya tidak boleh dibawa ke alam barzakh.
Anak2 ke sekolah seperti biasa. Di sebelah petang, anak teruna sulong tidak mahu pergi ke latihan kawadnya.
Kelas bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa. CikYong menyambung lukisan melur jawa. Lukisan telah hampir tujuh puluh peratus siap. InsyaAllah tidak lama lagi lukisan ini dapat disiapkan.
Selepas Asar, CikYong menggoreng pisang nangka yang telah pun masak.
Hari ke-306 perang di Palestine 🇵🇸.
Kekejaman Israel mendera rakyat Palestine yang ditahan di penjara dan kem tahanan Israel telah melampaui had2 kemanusiaan. Ya Allah jika diizinkan, ingin aku berdoa agar diturunkan azab yang paling dashyat terhadap pelaku2 yang menyeksa dan mendera tahanan2 rakyat Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:
Post a Comment