Salam pagi yang diberkati. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari Sabtu 24 Ogos bersamaan 18 Safar.
Pagi ini suami belikan roti telur sebagai sarapan kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Anak teruna kedua menghadiri kelas tambahan di sekolah agamanya.
Suami dan anak teruna sulong pula mengait buah rambutan di laman rumah. Masih ada lagi rambutan yang masak di pokok. Pada perancangannya, adiknya CikYong yang bongsu ingin pulang ke kampung untuk menikmati buah rambutan ini. Namun, terpaksa dibatalkan kerana suami adik CikYong berangkat ke Jepun semalam di atas urusan perniagaan. Oleh kerana adik CikYong mempunyai anak2 yang masih kecil, adik CikYong berasa sukar untuk memandu seorang disamping anak2 kecil untuk pulang ke kampung.
Hasil buah dari mengait pagi ini, kami poskan kepada adik CikYong. Suami carikan kotak di kedai runcit yang berdekatan untuk diisikan dengan buah rambutan.
Di tengahari, kami sekeluarga menghadiri jemputan kahwin di kampung. Rumah pengantin berada di kawasan sawah padi. Pengantin perempuan yang diraikan merupakan kenalan CikYong yang pernah bersama2 bertugas sebagai sukarelawan di pusat vaskin covid19 kira2 tiga tahun yang lalu. Meriah sungguh majlis kenduri yang dikunjungi oleh sahabat handai dan saudara mara. Oleh kerana rumah pengantin dikelilingi oleh sawah padi, jalan2 di sekitarnya agak kecil. Jalan yang hanya muat sebuah kereta, menguji ketabahan dan kesabaran pemandu apabila kenderaan bertembung di jalan2 tersebut.
Terdapat kereta pengujung kenduri tersebut pecah cermin sisinya apabila bertembung dengan sebuat motosikal ketika berselisih di jalan kecil berhampiran dengan rumah kenduri.
Hari ke 323 perang di Palestine 🇵🇸.
Keganasan Israel di bumi Palestine iaitu di Gaza, Tebing Barat dan BaitulMaqdis semakin meningkat. Begitu juga terhadap rakyat Palestine yang di tahan di penjara dan pusat tahanan di tanah Palestine yang dijajah. Masjid dirobohkan, AlQuran dikoyak dan dibakar. Namun tiada siapa yang dapat menghalang perbuatan kejam mereka malah dibantu oleh Amerika dan juga negara2 arab yang berjiran dengan bumi Palestine.



No comments:
Post a Comment