Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Perjuangan hidup diteruskan untuk mendalami panduan kehidupan yang sebenarnya.
Hari Khamis 1 Ogos bersamaan 26 Muharram.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. CikYong dan suami keluar berkayuh basikal di laluan biasa.
Anak2 dibekalkan ke sekolah dengan roti jala sandwich telur. Untuk sarapan CikYong dan suami pula, suami belikan bihun goreng dan nasi lemak.
Kelas bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa. Begitu juga pengajian tafsir surah Fussilat dan mudarasah hadith ke-12 dan MyQurantime surah Al A’raf.
Pada sebelah petang CikYong menyambung lukisan bunga melur. CikYong juga meneruskan bacaan buku baru kompilasi anekdot.
Anak teruna kedua berbasikal ke sekolah petangnya. Menurut beliau, di dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau hampir bergesel dengan sebuah motor di ketika memasuki ke jalan besar. Alhamdulillah tiada apa2 yang terjadi. Semoga Allah melindungi kami semua daripada malapetaka.
Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-299.
daDimana2 media memperkatakan perihal kesyahidan pemimpin no.1 Hamas As Syahid Ismail Haniyeh. Pada masa yang sama, kematian rakyat2 Palestine juga tetap juga berlaku. Seorang wartawan Al Jazeera Isnail Al Ghoul dan jurukameranya Rami Al Reefi telah terbunuh apabila kereta mereka di serang dengan drone Israel. Mereka diserang ketika sedang membuat liputan serangan2 Israel di kem Al Shati Gaza. Kepala wartawan tersebut telah hancur akibat bom yang dijatuhkan.





No comments:
Post a Comment