Saturday, 3 August 2024

Hari ke-215 di tahun 2024

 Segala puji bagi Allah yang meminjamkan nyawa ini.

Hari Jumaat 2 Ogos bersamaan 27 Muharram.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua berbaju melayu dan berselempang kain pelikat. Hari ini beliau terlibat di dalam persembahan bersempena bulan kemerdekaan.

Usai bersarapan nasi lemak di rumah, CikYong dan suami pergi ke rumah bonda. Kami menyambung mengemas pokok2 bunga bonda. Kali ini kami menerangkan pokok2 di kawasan garaj. CikYong juga menambah tanah hitam ke pokok2 bunga. Kami selesai di ketika waktu hampir ke tengahari.

Kami singgah di kedai makan untuk membeli lauk untuk makan tengahari. Seterusnya kami ke sekolah anak teruna kedua, mengambilnya pulang dari sekolah. Di susuli dengan mengambil anak teruna sulong.

Pada sebelah petang CikYong menyambung bacaan buku dan juga melukis lukisan yang masih lagi belum siap.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-300.

Hari ini merupakan hari oengebumian al-Syahid Ismail Haniyeh. Beribu2 orang menunaikan solat jenazah. Termasuk juga umat Islam di serata dunia turut mengerjakan solat jenazah ghaib. Pemergian yang ditangisi oleh pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja di Palestine malah di seluruh dunia. Walaupun pemimpin Hamas telah dibunuh, namun perjuangan membebaskan Palestine tetap teguh menbara. Semoga Allah ganjari syurga tertinggi buat semua syuhada. Amin amin ya rabbal alamin.
















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...