Saturday, 31 August 2024

Hari ke-242 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang indah.

Hari Khamis 29 Ogos bersamaan 23 Safar.

Hari ini CikYong meneruskan kehidupan seperti biasa. Kelas bahasa arab bersama ustazah, CikYong ikuti. Pengajian tafsir di Ikim.fm dan mudarasah hadith ke-14 di youtube, CikYong ikuti juga. CikYong ikuti juga rakaman kuliah kisah sahabat Saidina Abu Bakar r.a. Perkongsian penceramah perihal menginginkan syurga yang tinggi agar dapat bersama dengan para anbia’, para sahabah, syuhadah. Kesungguhan berdoa dan memohon ditunjukkan jalan dan kekuatan agar dikurniakan kematian sebagai syuhada’ perlu dilakukan oleh sesiapa yang menginginkan syurga tertinggi.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Untuk tengahari, CikYong hanya menggoreng ayam goreng tepung. Gulai lemak cili padi yang masih berbaki di dalam peti sejuk, CikYong panaskan. Begitu juga dengan sayur kobis tumis.

Hari ini CikYong menghantar snapshot gambar lukisan cawan dan pasu bunga kepada guru lukisan CikYong. CikYong meminta cikgu lukisan untuk memberikan sebarang cadangan untuk penambahbaikan. Cikgu lukisan membalas dengan beberapa cadangan untuk CikYong baiki lukisan tersebut.

Di sebelah petang, anak teruna sulong keluar bermain badminton bersama kawan2nya di rumah salah seorang kawannya.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-328.

Gambar dan video memaparkan kanak2 yang terkorban dan cedera di Palestine akibat serangan demi serangan yang dilakukan oleh senjata dan bon yang dihantar oleh U.S. kepada Israel. Ya Allah hanya kepadaMu kami bergantung dan memohon pertolongan. Gesaan demi gesaan dari pemimpin dan para pejuang Palestine terhadap umat Islam di seluruh dunia agar melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman Israel dan Zionist terhadap saudara seIslam di bumi Palestine. Malangnya umat Islam di zaman ini begitu lemah walaupun bilangannya ramai.









No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...