Salam Jumaat yang penuh barokah. Semoga hari ini diiringi dengan kebahagiaan dan ketenangan.
Hari Jumaat 23 Ogos bersamaan 18 Safar.
Hari ini hanya anak teruna ke sekolah. Sekolah anak teruna sulong pula menganjurkan hari anugerah. Bagi pelajar yang tidak terlibat di dalam hari anugerah, mereka diberikan cuti peristiwa. Disebabkan keputusan yang merosot, inilah kali pertama anak teruna sulong tidak menerima apa2 anugerah di hari anugerah sekolah.
Di sekolah pagi dan petang anak teruna kedua pula, diadakan aktiviti menyambut bulan kemerdekaan. Di sekolah pagi, beliau terlibat di dalam persembahan syair. Sementara di sekolah petang, terdapat aktiviti berkumpulan nyanyian lagu patriotik dan membina replika. Kumpulan beliau membina replika bangunan klcc dan mendapat tempat kedua.
Pagi ini, CikYong dan suami mengajak anak teruna sulong untuk turut serta mengemas ruang ‘porch’ di rumah bonda. Usai kami bertiga bersarapan di kedai, kami terus menuju ke rumah bonda. Hampir dua jam kami mengemas ruang tempat letak kereta di hadapan rumah bonda. CikYong juga menyantuni pokok2 bunga bonda yang telah mula mengeluarkan pucuk2 dan daun2 baru. Semoga pokok2 bunga bonda akan tumbuh sihat dan mengeluarkan bunga2 yang mekar dan subur. InsyaAllah.
Usai mengemas dan berkebun, kami menuju pula ke bank di pekan. Anak teruna sulong perlu membuka akaun bank seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Di sebelah petang, anak teruna sulong pergi bermain badminton bersama kawan2 sekolahnya. Mereka menyewa gelanggang badminton di pusat sukan berbayar.
Hari ini CikYong dapat menyambung sedikit lukisan cawan dan pasu bunga.
Hari ke-322 perang di Palestine 🇵🇸.
Masih tiada tanda perang akan berakhir. Suatu video dikongsikan di media sosial menunjukkan mayat seorang kanak2 yang telah terkeluar otak dan tengkoraknya. Serangan bom dari Israel yang mengakibatkan hancurnya jasad2 rakyat Palestine.


No comments:
Post a Comment